Kek pisang merupakan sejenis kek yang sedap dan enak rasanya. Kek ini sesuai untuk hidangan minum petang.
Kek pisang merujuk kepada sejenis kuih kek yang diperbuat daripada tepung gandum, telur, minyak masak, gula, dan pisang. Doh yang terhasil kemudiannya akan dimasukkan kedalam bekas loyang dan dibakar dalam ketuhar dengan api perlahan sehingga naik dan masak.
Terdapat juga orang yang menyediakannya dengan cara mengukus bagi memastikan kek pisang yang terhasil kekal gebu dan lembab.
Kuih pisang merupakan sejenis kuih yang mudah didapati di Malaysia masa kini. Ia banyak dijual dipasar raya dan kedai runcit dalam bungkusan plastik dalam bentuk panjang.
Kuih pisang ini kemudiannya akan dipotong sebelum dihidangkan. Pada masa kini, kek pisang telah dipasarkan secara komersial dan dijual secara besar-besaran.
Kek pisang ini popular diseluruh Malaysia. Kek pisang ada terdapat dijual secara meluas pada bila-bila masa. Ia mudah dihidang dan harganya juga berpatutan.
Secara kebiasaanya kek pisang yang disediakan secara komersial dihidangkan begitu sahaja tanpa tambahan gula aising ataupun buah di dalamnya. Kek pisang mempunyai bentuk yang gebu dan tidak terlalu padat seperti biskut atau terlalu berspan seperti kek span.
Kek pisang mendapat namanya kerana ia merupakan sejenis kek dan mempunyai perisi pisang, menjadikannya dikenali sebagai kek pisang.
Biasanya tiada perisa lain ditambahkan kepadanya, dan selain itu, kek pisang juga boleh disediakan dengan menggunakan pisang yang lebu (terlalu masak). Pisang yang lebu ini mempunyai kelebihan kerana ia mempunyai rasa yang lebih manis yang menambah rasa kek pisang.
Kek pisang popular di seluruh Malaysia dan banyak dijual terutama di kedai runcit dan pasaraya. Oleh kerana ia mudah dihidangkan, tahan lama, lazat dan harganya yang berpatutan, ia banyak dijual begitu sahaja, dan tidak perlu ditempah lebih awal. Pada masa kini, ia banyak dihasil dan diedar secara besar-besaran oleh beberapa syarikat pengilang.
Kek pisang sesuai untuk dijadikan sebagai makanan petang kerana rasanya yang sedap dan manis. Ia juga sering dihidangkan dalam jamuan pejabat atau semasa mesuarat kerana ia mudah dihidangkan, tahan lama, tidak melekit atau mengotorkan dan rasanya juga sedap.
Pada masa kini, adunan kek pisang segera juga dijual di pasaraya dan boleh dihasilkan dengan mudah, dengan hanya menambah air dan telur sebelum dibakar. Ia biasanya dijual dalam paket kedap udara sebelum dimasukkan dalam kotak.
Kek Pisang Cara Bakar Super Gebu
Bahan diperlukan:
- 1 cawan gula
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- Telur 3 biji
- Minyak 1 cawan
- Pisang lenyek 1 cawan
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh bicarbonat soda
Cara membuat:
1. Caranya, mula sekali lenyek pisang hingga mencukupkan kuantiti 1 cawan. Pemilik resepi guna pisang emas.
2. Pukul telur dengan gula sampai kembang (blender pun boleh), sampai texture jadi warna putih. Lebih kurang 7 ke 8 minit.
3. Kemudian masukan tepung yang sudah diayak bersama baking powder dan bikabonat soda ke dalam bahan yang anda sudah mixer tadi. Gaul rata.
4. Masukkan pula pisang dan minyak masak. Mixer lagi semua bahan ini hingga sekata, lebih kurang 5 minit lagi.
5. Bakar dalam suhu 180c, selama 65 minit. Pemilik resepi suka letak lama sedikit supaya kulit luar lebih rangup sedikit.
Sangat sedap dimakan panas-panas.
Sumber:
1. Resepi Namee