Selepas kek masak, terbalikkan sebentar atas redai. Kemudian, terbalikkan semula. Tunggu sejuk dan barulah potong. Namun, pemilik resepi potong ketika panas.
Untuk telur, pemilik resepi menggunakan gred B. Selain itu, anda juga boleh menggunakan tepung naik sendiri kerana tidak perlu ayakkan tepung.
Kek Minyak
Bahan-bahan:
- Telur (5 biji)
- Gula halus (1/2 cawan)
- Tepung gandum (2 cawan)
- Serbuk penaik (1 sudu teh)
- Susu pekat (3/4 cawan)
- Ovalette (1 sudu besar)
- Minyak masak (1 cawan)
- Perasa nenas atau pisang
- Esen vanila (1 sudu teh)
- Pewarna yang disukai
Cara-cara penyediaan:
- Satukan tepung dan serbuk penaik. Kemudian, diayak. Ketepikan.
- Pukul telur bersama gula dan ovalette sehingga kembang dan gebu. Pemilik resepi putar selama lebih kurang 5 minit.
- Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul sebati.
- Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tetapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
- Akhir sekali, masukkan tepung gandum yang telah diayak.
- Kaup balik adunan dengan spatula sehingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas.
- Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian dan gaul rata.
- Sediakan loyang 8 inci. Pemilik resepi menggunakan loyang 9 inci. Lapik dasar loyang dengan kertas minyak.
- Tuangkan adunan berselang seli warna sehingga habis.
- Suhu 170 C bergantung kepada kepanasan ketuhar masing-masing. Bakar selama 45-60 minit. Pemilik resepi bakar selama sejam. Siap.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.