Oleh pada 23 Mar 2021 kategori

Kek ogura unicorn merupakan sejenis kek yang sangat lembut. Ia dilengkapi dengan rasa santan yang sedap dan tidak manis. Teksturnya pula lembut, gebu dan spongey.

Kek ini dibakar secara steam bath, jadi keknya seakan puding dan kek dalam masa yang sama. Ia tidak kering langsung, lembab sahaja.

Kek Ogura Unicorn

Untuk bahagian atas tersebut, pemilik resepi bedakkan dengan icing sugar

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • Kuning telur gred A (5 biji)
  • Telur gred A (1 biji)
  • Santan kotak (95g)
  • Minyak jagung (70g)
  • Tepung kek (70g) - diayak 

Bahan B:

  • Putih telur gred A (5 biji)
  • Gula kastor (70g)
  • Garam (5 gram)

Cara-cara penyediaan bergambar:

kek ogura unicorn default 1

  1. Minyak, santan dan telur semua dimasukkan dalam satu bekas. Pukul sebati semuanya.
  2. Pukul manja sahaja. Bukan sehingga pecah bibir.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak.
  4. Ini putih telur. Campurkan dengan garam. Pastikan tiada minyak bercampur. Nanti putih telur tidak akan kembang.
  5. Pukul putih telur dengan kelajuan sederhana. Apabila kelihatan buih-buih kecil, masukkan gula sedikit demi sedikit. Apabila gula sudah habis, baru tambah kelajuan sehingga adunan menjadi soft peak atau bertanduk.
  6. Masukkan ⅓ adunan putih telur kacau manja. Buat sehingga habis adunan putih telur.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
  8. Letak selapis setiap 1 warna.
  9. Lorekkan bahagian atas. Supaya cantik sedikit.
  10. Bakar secara water bath 150 celsius selama 50 minit atau mengikut ketuhar masing-masing. Pemilik resepi menggunakan loyang saiz 8 inci. Apabila adunan sudah tidak melekat pada lidi, bermakna kek sudah masak.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Umi Watie [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)