Oleh pada 20 Aug 2020 kategori

Untuk resepi pertama, pemilik resepi menggunakan loyang bersaiz 8x8. Untuk sukatan cawannya pula, anda boleh menggunakan sebarang cawan teh.

Untuk resepi kedua, ia sememangnya lembap. Gunakan pisang emas untuk hasil kek yang naik dengan cantik dan kekal biarpun setelah masak.

Kek Pisang Coklat (Versi Kukus)

kek pisang coklat 1 default 1

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Gula (1 cawan)
  • Minyak (1 cawan)
  • Pisang emas (1 cawan) - siap dilenyek
  • Telur (4 biji)
  • Soda bikarbonat (1 sudu teh)
  • Serbuk penaik (1 sudu teh)
  • Serbuk koko (2 sudu besar)
  • Esen vanila

Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. 

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisarkan telur, gula, minyak dan esen vanila. Masukkan ke dalam bekas.
  2. Kemudian, masukkan pisang dan tepung yang diayak tadi. Kaup balik sehingga sekata.
  3. Sapu marjerin pada loyang. Adunan tadi dibahagi dua. Satu adunan dimasukkan serbuk koko dan satu lagi warna asal.
  4. Masukkan adunan berselang-seli sehingga habis. Kukus selama sejam atau sehingga masak.

kek pisang coklat 1 3

Kek Pisang Coklat (Versi Bakar) 

kek pisang coklat 2 default

Bahan-bahan :

  • Pisang emas atau pisang berangan (5 biji) - dilecek
  • Gula perang (1 cawan)
  • Minyak jagung (1 cawan)
  • Telur (4 biji) - gred B
  • Esen pisang (1 sudu kecil)
  • Pisang (2 biji) - untuk hiasan (dibelah 2 atau 3)

Untuk versi coklat, separuh adunan diletakkan perasa coklat. Letakkan emulco coklat (1 sudu besar) dan separuh lagi adunan asal. Kemudian, letakkan adunan selang-seli adunan coklat dan yang asal.

Bahan-bahan diayak: 

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Soda bikarbonat (1 sudu kecil)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)

Cara penyediaan: 

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170c. Lenserkan mentega pada keliling loyang. Sediakan pisang yang dilecek dan ketepikan. Bahan yang perlu diayak juga disediakan dan diketepikan.
  2. Masukkan gula perang, minyak dan telur dalam mangkuk besar. Satukan lalu pukul sehingga putih. Pukul selama sekitar 3-5 minit.
  3. Masukkan pisang bersama esen pisang. Kacau rata menggunakan senduk sahaja. Diikuti pula bahan yang telah diayak tadi. Kacau rata menggunakan senduk atau spatula.
  4. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar selama 40-60 minit sehingga kek masak (bergantung pada suhu ketuhar masing-masing). Cucuk tengah dengan lidi atau cake tester untuk mengetahui samada kek telah masak atau belum.
  5. Tunggu sejuk dan sedia dihidangkan.

kek pisang coklat 2 default test

kek pisang coklat 2 default 2 crop

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Noriza Awang Hamat [1, 2

2. Nor Khomariah Norrohman [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)