Oleh pada 25 Nov 2018 kategori

Kredit foto: Sis Diah K & Khadijah Tajudin (Gambar sekadar hiasan)

Lempeng atau penkek (pancake) merupakan makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater sebagai bahan utama di atas permukaan rata yang panas seperti kuali yang disapu lemak seperti minyak dalam mentega.

Bater lazimnya dibuat daripada sejenis tepung, contohnya tepung gandum atau tepung beras, yang dibancuh bersama air dan sedikit garam.

Kadangkala, telur juga dimasukkan bagi memperolehi tekstur adunan lempeng yang lebih baik. Bater lempeng boleh dibuat menggunakan tangan atau pengisar.

Lempeng bukan sejenis roti atau roti leper. Ini disebabkan adunan tepung menjadi doh diperlukan untuk menghasilkan roti. Adunan lempeng biasanya dimasak di atas kuali leper.

Terdapat dua jenis lempeng, iaitu manisan dan bukan manisan. Lempeng jenis manisan selalunya ditambah manisan seperti sirap, madu, coklat cair, susu sejat, mentega, buah-buahan, gula dan lain-lain.

Manakala contoh lempeng jenis bukan manisan di Malaysia pula ialah seperti lempeng kelapa. Di Jepun pula, contohnya seperti Okonomiyaki yang menggunakan kobis sebagai bahan utama. Selain sayur-sayuran, daging turut digunakan sebagai bahan.

Di Malaysia, lempeng secara umumnya tidak menggunakan bahan penaik seperti lempeng pisang, lempeng kelapa, lempeng manis, lempeng berlauk, lempeng sayur dan apam balik.

Lempeng-lempeng berjenis ini adalah makanan yang cukup popular di Malaysia terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Ketayap juga merupakan sejenis lempeng berinti kelapa manis yang digulung.

Pancake atau Lempeng Super Gebu

pancake atau lempeng super gebu

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • Secubit garam

 

Satukan dan ayak sekali bahan-bahan di atas di dalam bekas

  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air (boleh juga guna susu segar)

 

Kisar bahan-bahan di atas sehingga putih

Cara membuat:

1. Masukkan tepung sedikit-sedikit kisar sekali atau kaup balikkkan sehingga betul-betul rata.

2. Rehatkan adunan sebentar.

3. Dengan menggunakan kuali non stick, ambil sedikit adunan dan tuang atas kuali. Tutup dengan penutup kuali sebentar. Agak-agak telah masak, angkat pancake dan boleh letak apa-apa inti kesukaan anda. 

Tips: Jika mahu dapatkan pancake yang tebal isinya, kurangkan penggunaan airnya kepada 1/2 cawan.

Resepi Bonus: Banana Pancake Ala Krabi

banana pancake ala krabi

Kredit foto: Aryann Aryanna & SyazwAni DaRwiny‎ (Gambar pertama bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

banana pancake ala krabi 1

  • Kulit popia (Tips: Sila guna yang bersaiz kecil kerana mudah untuk dilipat. Pemilik resepi guna saiz besar kerana saiz kecil tiada di rumah)
  • Pisang (Tips: Tidak kisah pisang jenis apa, asalkan jangan guna yang terlalu masak atau lembik)
  • Telur
  • Nutella atau coklat

Cara penyediaan:

1. Potong pisang seperti dalam gambar di bawah. Jangan terlalu nipis, sedang-sedang sahaja.

banana pancake ala krabi 2

2. Kemudian, celup pisang tadi dalam telur. Jangan rendam terlalu lama, pisang akan menjadi lembik dan tidak sedap.

banana pancake ala krabi 3

3. Guna kuali ajaib untuk panggang. Guna api paling kecil, letak kulit popia dan susun potongan pisang yang sudah dicelup dengan telur tadi. Susun sebanyak mana anda mahu, asalkan jangan terlalu penuh kerana anda akan lipat tepi-tepi kulit popia tersebut.

banana pancake ala krabi 4

4. Kemudian, letak lapisan untuk bahagian atas. Setelah letak bahagian atas, cepat-cepat lipat bahagian tepi kulit popia tersebut, nanti kulit popia akan jadi keras. Lipat seperti mahu buat murtabak.

banana pancake ala krabi 5

5. Setelah lipat akan jadi seperti dalam gambar di bawah. Jangan biarkan lama atas kuali tersebut, nanti terlebih keras. Setelah agak kulit popia sudah melekat antara satu sama lain, terus keluarkan dari kuali. Tidak perlu tunggu sehingga kulit popia tersebut garing.

banana pancake ala krabi 6

6. Sekarang boleh lapiskan nutella sebagai topping. Pemilik resepi letak susu pekat sedikit untuk tambah kemanisan. Untuk lebih sedap, boleh juga ditambah dengan cheese parut.

Resepi Bonus: Pancake Popia K-Pop

pancake popia k pop

Pancake popia k-pop enak jika dimakan dengan sos pencicah Thai ditambah daun ketumbar

Bahan-bahan:

  • Kulit popia (apa-apa jenama sahaja)
  • 10 ekor udang (dipotong kecil-kecil)
  • 1 sudu lada sulah
  • Sedikit garam
  • 3 ulas bawang putih (dihiris halus atau dicincang)
  • Daun kucai
  • Cili merah besar (dicincang halus)
  • 2 senduk kecil tepung jagung (bersamaan 4 sudu besar)
  • Sebiji telur
  • Sedikit tepung gandum yang dibancuh dengan air (untuk gam)

Cara membuat:

1. Satukan semua bahan di atas kecuali kulit popia dan tepung gandum.

2. Kulit popia dilipat dua dan gunting.

3. Ambil sedikit bancuhan dan ratakan atas kulit popia.

4. Satu lagi lapisan kulit popia disapu dengan tepung gandum untuk gam. Tampal atas popia.

5. Kemudian, boleh goreng dan angkat setelah garing. Siap untuk dimakan.

Sumber:

1. Julianah Hy [12]

2. SyazwAni DaRwiny [1, 2]

3. Tengku RosElyza Raja Muhammad [1, 2]

4. Wikipedia Lempeng




Hakcipta iluminasi.com (2017)