Oleh pada 29 Sep 2018 kategori

Kek marble moist sering dikatakan sebagai kek yang paling tidak jemu dan tidak muak untuk dimakan. Kebiasaannya, kek marble yang dibeli di kedai banyak yang kering.

Namun, jika buat sendiri anda boleh cuba berulang-ulang kali sehingga jadi moist dan menepati citarasa anda. Kek ini memang cukup sesuai untuk dijadikan sebagai hidangan minum petang.

Buat para ibu pula, kek marble moist juga boleh dibawa oleh anak-anak anda sebagai bekal ke sekolah. Jom kita lihat resepi kek marble moist yang gebu dan lembut.

Bahan-bahan

  • 1 cawan mentega / marjerin
  • 3/4 cawan gula castor
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
  • 1 sudu besar baking powder (ayak)
  • 1 sudu teh essen vanila
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara penyediaan:

1. Mix mentega dan gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan esen vanila, tepung gandum dan baking powder (kaup balik sahaja).

4. Masukkan susu pekat. Gaul sebati.

5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan plain dan satu lagi letakkan 2 sudu besar serbuk koko.

6. *Ambil satu adunan dan letak di tengah loyang. Jangan ratakan. Kemudian, ambil satu senduk adunan koko tindihkan tengah adunan pertama tadi. Ulang berselang-seli sehingga habis.

7. Bakar 170° 45 - 1 jam mengikut ketuhar masing-masing.

kek marble moist 3

Tips: Jika skill bagus, kek akan menjadi bercorak stripes (jalur) yang sangat cantik. Perlu banyak praktis.

Sumber: Nor Azliza Mohamed




Hakcipta iluminasi.com (2017)