Oleh pada 13 Nov 2018 kategori

Kredit foto: Farizal Radzali (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Secara ringkasnya, terdapat dua jenis kek cheese (kek keju) iaitu bakar (bake) dan dingin (chill). Kek keju jenis dingin adalah lebih senang kerana anda tidak perlu membakar.

Sebaliknya, anda hanya perlu menyediakan lapisan asas (base) yang terdiri dari kek span atau biscuit crust. Namun, kek ini mempunyai kelemahannya tersendiri kerana ia perlu sentiasa didinginkan supaya tidak lembik.

Jika kek cheese dibuat sendiri, kosnya tidak mencecah RM20. Namun, harga jualannya di kedai bakeri mencecah RM60 sebiji.

Paling membimbangkan sekali, kehalalannya boleh diragui. Bayangkan jika pemiliknya adalah orang bukan Islam, pastinya mereka akan meletakkan wain atau likuer dalam kek supaya ia tahan lama.

Bagi menjimatkan kos khususnya untuk membeli krim keju dan whipping cream, anda disyorkan untuk pergi ke kedai menjual bahan kek dimana ianya lebih murah berbanding pasaraya biasa.

Contohnya, krim keju Philadelphia (250 gm) berharga RM10 di pasaraya biasa. Namun, di kedai bahan kek seperti Bagus Marketing dan lain-lain, harganya cuma RM6.00. Tidak dilupakan juga bahan-bahan yang lain.

Meskipun menggunakan 3 bahan sahaja, resepi ini mampu menghasilkan kek yang sedap, lembut dan gebu. Selamat mencuba.

 

Bahan-bahan:

kek cheese 3 bahan 1

Kredit foto: Rashidah Khairul

  • 120g Tatura cream cheese
  • 120g susu pekat manis
  • 3 biji telur gred B

Tips: Sukatan ini mampu menghasilkan dalam 1 loyang kecil sahaja. Sesuai untuk anda yang pertama kali mahu cuba buat. Kalau rasa mahu kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan.

 

Cara-cara penyediaan:

Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya.

 

1. Pukul cream cheese dan susu pekat

Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sehingga berkrim dan tidak berketul. Jika mahu kurang manis, boleh kurangkan susu pekat. Pukul menggunakan mixer atau blender

 

2. Asingkan telur putih dan pukul

Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil telur putih dan pukul sehingga teksturnya berkrim (meringue). 

 

3. Masukkan telur kuning dalam adunan cream cheese

Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.

 

4. Campurkan semua bahan

Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.

 

5. Tuang dalam loyang

Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang sudah dilapik dengan baking paper. Jika tiada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.

 

6. Bakar

Panaskan ketuhar dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara 'water bath' (isi loyang dalam bekas berisi air seperti dalam gambar di bawah).

kek cheese 3 bahan 2

Kredit foto: Rashidah Khairul

  • Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang sahaja. Jangan sehingga melimpah apabila letak loyang kek tersebut. Semasa panaskan ketuhar, air tersebut akan mendidih.
  • Cara bakar secara ‘water bath’.
  • Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.
  • Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak.
  • Kadang-kadang ikut ketuhar juga, suhu mungkin berbeza. Jadi jika mahu pastikan sama ada sudah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tidak.

 

7. Sejukkan

Apabila sudah masak, biarkan selama 15 minit dalam ketuhar dan barulah keluarkan. Bukakan sedikit pintu ketuhar tersebut.

 

8. Topping

Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan sahaja pun sudah sedap.

Yang ini pemilik resepi gunakan parutan keju cheddar. Jika mahu cairkan parutan keju pada topping tersebut, boleh masukkan sebentar dalam ketuhar.

 

Hasilnya memang gebu dan lembut. Jika buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!

Tidak susah mana pun nak buat kek cheese kan? Selamat mencuba. 

kek cheese 3 bahan 2 174

Kredit foto: Norlizah Mohd Yacob & Shazren Umainah (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

 

Sumber:

1. Rashidah Khairul [1, 2]

2. Wikipedia Kek Keju

3. Blog Resipi Noraini [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)