Anda juga boleh menggunakan dua biji buah nenas. Masak dahulu dengan gula dan dua cawan air.
Tidak perlu cairkan gula perang kerana ia akan cair sendiri kemudian semasa bakar. Tabur dan tekan-tekan pada ruang antara nenas tersebut.
Loyangnya tidak perlu lapik alas. Pemilik resepi menggunakan suhu 160 darjah. Terpulang kepada ketuhar masing-masing.
Kek Nenas Terbalik
Bahan-bahan:
- Nenas dalam tin yang bulat (5 keping)
- Ceri (5 biji)
- Gula perang (1 cawan)
- Tepung naik sendiri (2 cawan)
- Air nenas dalam tin tadi (3/4 cawan)
- Esen vanila (1 camca teh)
- Gula halus (1 cawan)
- Telur gred A atau B (5 biji)
- Mentega (250gm) - gunakan jenama Tatura atau Anchor
Cara-cara penyediaan:
1. Menggunakan loyang bersaiz 8×8, sapu mentega dan susun nenas pada dasar. Letakkan ceri di tengah-tengah nenas. Tuang gula perang. Tekap pada dasar dengan kemas.
2. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan vanila. Pukul lagi dan masukkan tepung berselang seli dengan air nenas sehingga habis.
3. Tuang dalam loyang tadi. Bakar selama sejam atau sehingga masak mengikut ketuhar masing-masing. Apabila sudah masak, sejukkan sebentar. Telangkupkan pada alas kek, bukan redai jaring. Tangan akan melecur jika terkena air gula perang.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.