Oleh pada 28 Feb 2025 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Slot Lestary TV3 diserikan dengan tayangan drama 'Keluarga Itu', naskhah terbitan Rumah Karya Citra sempena Ramadan kali ini.

        

keluarga itu tv3

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Drama ini diperkuatkan dengan penyertaan pelakon popular seperti Rosyam Nor, Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Amir Ahnaf, Puteri Balqis dan Muaz Zabir.

       

keluarga itu episod

Kredit foto: Instagram Nur Sharif

       

Setiap episod siri ini boleh disaksikan secara eksklusif 24 jam lebih awal di Tonton sebelum tayangan di televisyen.

       

Sinopsis

Keluarga Itu mengisahkan tentang suka duka keluarga Iman (Rosyam Nor) dan Chempaka (Umie Aida), di mana setiap cabaran menjadi ujian buat kekuatan mereka sebagai keluarga.

Sebagai insan berpengaruh dalam dunia Tahfiz, Iman turut berperanan sebagai bapa kepada empat anak — Ansara (Fattah Amin), Anwari (Muaz Zabir), Dhamiah (Puteri Balqis) dan Dhini (Duerra Mitilda).

Iman yang dikenali kerana kebaikan hati dan kekuatan imannya, tanpa disedari menyimpan rahsia yang hanya berlegar dalam lingkungan keluarganya.

       

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 (Slot Akasia TV3)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 (2024 / 2025) Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Astro (2025) Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lelaki Itu (Slot Samarinda TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Perempuan Itu (TV3 & Tonton)

       

keluarga itu sinopsis

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Pelakon / Cast

Drama ini mempertemukan himpunan pelakon terkenal masa kini, termasuk Rosyam Nor, Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Amir Ahnaf dan Puteri Balqis.

        

keluarga itu drama

Drama Keluarga Itu, bukan adaptasi novel, akan bersiaran menggantikan Cikgu Diva. Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Terlibat sama, Muaz Zabir, Melissa Campbell, Ady Mohammad, Duerra Mitilda dan Nessa Maureen.

         

Watak Pelakon

Rosyam Nor sebagai Iman

Umie Aida sebagai Cempaka

Fattah Amin sebagai Ansara

Izara Aishah sebagai Husna

Amir Ahnaf sebagai Aman

Puteri Balqis Ashikin sebagai Dhamiah

Muaz Zabir sebagai Anwari

Melissa Campbell sebagai Camelia

Duerra Mitilda sebagai Dhini

      

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Dibawa oleh Rumah Karya Citra Sdn Bhd, drama ini dihidupkan dengan sentuhan pengarahan Nur Ain Sharif berdasarkan skrip hasil pena Erma Fatima.

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Fattah Amin - Lelaki Terakhir Official Lyric Video (OST Keluarga Itu)

       

Tajuk: Lelaki Terakhir

Penyanyi: Fattah Amin

Komposer: Mel Ramlan

Penulis lirik: Mel Ramlan, Fattah Amin

       

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Tayangan perdana drama 30 episod ini akan berlangsung pada 28 Februari 2025, menyinari slot Lestary TV3 setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9 malam.

Pengguna Tonton berpeluang menyaksikan tayangan eksklusif setiap episod sehari lebih awal sebelum disiarkan di televisyen.

       

Jadual tayangan:-

Minggu 1 - Episod 1, 2, 3

Minggu 2 - Episod 4, 5, 6

Minggu 3 - Episod 7, 8, 9

Minggu 4 - Episod 10, 11, 12

Minggu 5 - Episod 13, 14, 15

Minggu 6 - Episod 16, 17, 18

Minggu 7 - Episod 19, 20, 21

Minggu 8 - Episod 22, 23, 24

Minggu 9 - Episod 25, 26, 27

Minggu 10 - Episod 28, 29, 30

        

Tajuk cerita? Keluarga Itu

Berapa episod? 30 episod

Setiap hari apa? Jumaat hingga Ahad

Bila dan tayang pukul berapa? Mulai 28 Februari 2025, jam 9 malam

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform streaming online, Tonton

       

Kredit video: Keluarga Itu Official Trailer Tonton

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)