Oleh pada 10 Jun 2019 kategori

Asam haw flakes adalah candy food untuk anak-anak kaum cina yang lazimnya disajikan ketika perayaan Tahun Baru Cina.

Ia mempunyai rasa yang agak manis dan masam.

Terdapat dua cara untuk membuat kek lapis asam manis iaitu sama ada dikukus atau dibakar.

Kek ini juga boleh dibuat menggunakan biskut Marie atau cream cracker.

Anda perlu mengisarnya sehingga hancur dan menjadi seperti serbuk.

  

Kek Lapis Asam Manis Kukus 

 

Bahan-bahan:

  • Telur (5 biji) - sejuk dari peti
  • Gula halus (1 1/4cawan)
  • Tepung gandum (2 cawan) - diayak bersama serbuk penaik
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Ovelate (1 sudu besar)
  • Susu cair (150ml)
  • Minyak masak (100ml)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Pewarna - ikut suka
  • Asam manis/hawflakes (secukupnya)

 

Cara penyediaan:

1. Putar gula dan telur sehingga kembang. Selepas kembang, masukkan ovelate dan pukul lagi sehingga betul-betul kembang gebu. 

2. Masukkan minyak, perlahankan pengadun. Putar sehingga sebati.

3. Masukkan tepung dan serbuk penaik berselang-seli dengan susu.

4. Masukkan esen vanila. Adun sebentar sehingga sebati dan matikan pengadun.

5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.

6. Sapu minyak pada loyang dan letak adunan hijau dahulu. Ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas layer tersebut. Kukus selama 10 minit. 

Nota: Kukusan perlu dipanaskan dahulu.

7. Buat pula layer kuning, ratakan dan susun asam manis. Kukus selama lagi 10 minit. 

8. Ulang-ulang lapisan sehingga adunan habis .

9 Untuk lapisan terakhir, kukus selama 20 minit untuk kek masak keseluruhan.

10. Selepas masak, angkat dan sejukkan. Kemudian, baru dipotong.

 

Nota: Resepi ini versi menggunakan tepung gandum, bukan menggunakan tepung biskut Marie.

 

Untuk melihat resepi lain, boleh lawati atau follow Facebook Raja Amanina.

kek lapis asam manis 1

Kredit foto: Noor Rizan Jusin (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

kek lapis asam manis 2  

Kredit foto: Engku Rohaya Masri (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

kek lapis asam manis 3

Kredit foto: Zura Zul‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

 

Sumber:

1. Raja Amanina [1, 2]

2. Blog Cik Matahariku (cikmatahariku.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)