Oleh pada 30 Sep 2019 kategori

Kek lobak merah nanas walnut (walnut pineapple carrot cake) merupakan sejenis kek lobak merah yang berbau harum seperti kelapa bakar apabila sedang dibakar. Kebiasaannya, topping untuk kek lobak merah ialah keju krim (cream cheese).  

Ia juga enak dinikmati ketika masih panas tanpa topping. Pastinya lebih enak jika terdapat lebihan syrup toffee.

Kek Lobak Merah Nenas Walnut (Walnut Pineapple Carrot Cake)

Bahan-bahan base:

  • Lobak merah (2 cawan) - diparut
  • Nenas kiub (1 tin)
  • Walnut (1 cawan)
  • Kismis (1 cawan) atau kranberi kering
  • Telur gred A (3 biji)
  • Susu mentega (buttermilk) (3/4 cawan)
  • Minyak sayur (vegetable oil) (3/4 cawan)
  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Gula pasir (1 1/2 cawan)
  • Baking soda (2 sudu kecil)
  • Esen vanila (2 sudu kecil)
  • Serbuk kayu manis (cinnamon) (1 sudu kecil)
  • Garam (1/4 sudu kecil)

Bahan-bahan cream cheese frosting:

  • Cream cheese (8oz) - suhu bilik
  • Mentega (1/2 buku) - suhu bilik
  • Gula aising (icing sugar) (1 cawan) - diayak
  • Esen vanila (1 sudu kecil)

Cara-cara penyediaan:

  1. Buang air di dalam tin nenas. Kemudian, kisar sedikit nenas tersebut dan diperah jusnya.
  2. Hancurkan sedikit walnut dengan pengisar.
  3. Gris dan tepungkan dulang pembakar (baking tray) bersaiz 8' x 12'.
  4. Ayakkan tepung, baking soda, garam dan kayu manis. Ketepikan.
  5. Campurkan lobak merah, nenas, walnut dan kismis. Ketepikan.
  6. Pecahkan telur. Masukkan buttermilk, minyak sayur, gula dan vanila. Kacau sehingga sebati.
  7. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi.
  8. Masukkan pula semua bahan-bahan bersama lobak merah dan dikacau rata.
  9. Panaskan ketuhar pada suhu 160'c.
  10. Masukkan adunan tadi ke dalam acuan kek.
  11. Bakar adunan selama 40-50 minit mengikut ketuhar masing-masing.
  12. Selepas bakar, biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari baking tray.
  13. Dengan menggunakan pengadun, pukul cream cheese dan mentega sehingga kembang.
  14. Masukkan esen vanila dan icing sugar. Pukul dan disimpan ke dalam peti sejuk.
  15. Tuang creamy cheese frosting ke atas kek tadi.

walnut pineapple carrot cake 1

walnut pineapple carrot cake 2

walnut pineapple carrot cake 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Danish Harraz [1, 2]

2. Dapur Zitah (dapurzitah.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)