Bahan-bahan
- 1 ketul buttercup
- 2 1/4 cawan tepung gandum
- 3 biji telur ayam saiz B
- 1 cawan gula perang
- 2 sudu makan susu pekat
- 1 sudu makan pes sunquick
- 500 gm buah campuran
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bicarbonate
- 1 cawan air biasa
Cara membuat:
1. Masukkan air, gula dan buah campuran dalam periuk. Masak sampai buah kembang.
2. Masukkan mentega. Kacau sehingga mentega hancur. Masukkan susu dan pes Sunquick. Tutup api. Angkat dari dapur.
3. Masukkan telur yang dipukul sebati. Kacau.
3. Ayak tepung dengan soda dan baking powder. Masukkan tepung ke dalam adunan buah tadi.
4. Kacau rata.
5. Tuang dalam loyang yang sudah disapu mentega.
6. Kukus 2-4 jam.
Tips: Simpan 2 hari untuk rasanya sebati dan lebih sedap.
Sumber: Faizah Binti Abdul Hamid