Kek mentega merupakan sejenis kek yang amat lazat dan boleh dipotong ketika masih panas. Namun, terdapat juga mereka yang lebih suka ianya disimpan beberapa hari sebelum dimakan.
Ini kerana rasanya yang moist, berminyak dan keharuman menteganya telah sebati dengan tepung.
Kek Mentega (Butter Cake)
Bahan-bahan:
- Mentega/marjerin (250 gm)
- Gula pasir (1 cawan rata) - dikisar dahulu sebelum disukat
- Telur gred A (4 biji)
- Tepung naik sendiri (2 cawan) - diayak
- Nota: Sekiranya menggunakan tepung gandum, tambah 1 sudu teh serbuk penaik.
- Susu cair (1/2 cawan)
- Esen vanila (1 penutup)
Cara-caranya:
1. Pukul mentega/marjerin dan gula selama 12 minit kemudian masukkan esen vanilla dan juga telur satu persatu lalu pukul perlahan-lahan. (Setiap kali masukkan telur pukul selama 1 minit)
2. Masukkan tepung naik sendiri dan susu cair berselang-seli sambil kaup balik adunan menggunakan senduk
3. Gunakan loyang bersaiz 7 atau 8 (pemilik resepi menggunakan loyang 8 inci) dan letakkan baking paper.
4. Bakar selama 50 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api bahagian atas dan bawah pada suhu 180 C. Panaskan ketuhar 10 minit terlebih dahulu sebelum membakar kek.
Nota: Pemilik resepi menggunakan marjerin Pelangi dan hasilnya kek tetap lazat dan wangi.
Resepi Bonus: Kek Marjerin
Bahan-bahan:
- Marjerin (1 cawan)
- Gula (1 cawan)
- Tepung gandum (2 cawan)
- Telur gred B (4 biji)
- Esen vanila (1 sudu makan)
- Serbuk penaik (1 sudu makan)
- Susu pekat (2 sudu makan)
Cara-caranya :
1. Ayakkan tepung dan juga serbuk penaik.
2. Pukul marjerin dan gula selama 5 minit .
3. Masukkan telur, esen vanilla dan susu lalu pukul selama 3 minit .
4. Masukkan tepung dan pukul seketika.
5. Bahagikan dan letakkan pewarna kesukaan .
6. Sapukan marjerin ke atas loyang dan alas menggunakan baking paper .
7. Tuang adunan kek ke dalam loyang .
8. Bakar pada suhu 170 C mengikut ketuhar masing-masing dengan menggunakan bahagian api atas dan bawah. Bakar sehingga masak. Sekiranya dicucuk dan tidak lekat ia menandakan kek sudah masak.
Sumber: