Jemput-jemput pisang atau juga dipanggil sebagai cekodok pisang atau cucur pisang, merupakan campuran pisang dan gandum yang digoreng dalam minyak masak.
Pada kebiasaannya, ia digolongkan dalam jenis kuih jemput-jemput. Kali ini kami akan berkongsikan resepi jemput-jemput pisang yang rangup di luar dan lembut serta gebu seperti kek di dalam.
Malah, ia juga tidak menyerap minyak seperti cekodok pisang yang sering dibeli.
Jemput-Jemput Pisang (Cekodok Pisang)
Bahan-bahan:
- Pisang besar (5 biji)* - pemilik resepi guna pisang bunga yang wangi
- ➡ Jika pisang kecil-kecil, boleh gunakan sehingga 8-10 biji
- Marjerin (2 sudu besar)*
- Gula pasir (5 sudu besar)* - boleh kurangkan ikut citarasa
- Soda bikarnonat (1 sudu kecil)* - tidak perlu terlalu membukit
- Garam (1 sudu kecil)*
- Tepung gandum (2 cawan)
- Semua bahan-bahan di atas dilenyek-lenyek sebati.
Nota:
✔ Marjerin tersebut diletakkan bertujuan untuk merangupkan tekstur luaran kulitnya apabila digoreng.
✔ Ia bertindak supaya minyak tidak diserap ke dalam isi dan pastinya akan ada kelainan rasa dalam jemput-jemput pisang tersebut.
✔ Wanginya istimewa, namun mempunyai rasa cekodok asli.
Cara penyediaan:
- Setelah lenyek sebati, masukkan tepung gandum. Gaul sahaja supaya sebati dengan pisang yang dilenyek. Tidak perlu letak air, gaul sahaja pisang lenyek dan tepung tersebut sehingga betul-betul sebati.
- Rehatkan seketika dalam 10-15 minit. Kemudian, boleh goreng seperti goreng cokodok biasa dengan api sedang-sedang perlahan. Jika menggunakan api kuat, pasti hangit dan tidak masak dalamnya.
Nota:
✔ Tidak perlu menggentel untuk jadikan ia bulat-bulat.
✔ Jemput-jemput sahaja menggunakan jari dan masukkan dalam kuali.
✔ Jika bancuhan elok, ia akan membulat dengan sendirinya mengikut skil dan cara anda men'jemput' semasa menggoreng.
Sumber:
- Cik Pooja [1 , 2]
- Wikipedia Jemput-Jemput Pisang