Oleh pada 16 Jul 2020 kategori

Kek karamel pelangi ini sesuai untuk mereka yang tidak mahir menggunakan ketuhar kerana ianya dikukus. Resepi ini sama sekali tidak menggunakan teknik 'water bath'.

Jangan keluarkan semasa masih panas kerana puding akan menjadi tidak cantik. Kek ini boleh diletakkan dalam peti ais dan sedap dimakan ketika sejuk. 

Kek Karamel Pelangi

A) Karamel

Bahan:

  • Gula halus (2 1/2 sudu besar)

Cara penyediaan:

Ratakan dan cairkan gula dalam loyang bersaiz 8 sehingga sedikit perang. Kemudian, biarkan.

B) Puding

Bahan-bahan:

  • Susu pekat (3/4 cawan)
  • Susu cair (1 cawan)
  • Telur kuning (3 biji)
  • Telur (2 biji) - putih dan kuning 
  • Esen vanila (1 penutup)

Cara-cara penyediaan:

  1. Pukul telur sebati. Masukkan susu cair, susu pekat dan esen.
  2. Kacau rata secara lembut sahaja bagi mengelakkan puding tidak cantik. Kemudian, tapis atas karamel tadi.

C) Meringue

Bahan-bahan:

  • Telur putih (6 biji)
  • Krim tartar (cream of tartar) (1 sudu kecil)
  • Gula halus (1/2 cawan)

Cara penyediaan:

Pastikan bekas kering (tidak lembap atau ada air). Adun dengan kelajuan tinggi sehingga bertanduk.

Tips: Jika terbalikkan bekas, adunan tidak jatuh, bermaksud ianya menjadi.

D) Kek

Bahan-bahan:

  • Kuning telur (3 biji)
  • Gula halus (1/2 cawan)
  • Air (1/2 cawan)
  • Minyak jagung atau masak (1/4 cawan)
  • Esen vanila (1 penutup)
  • Susu pekat (2 sudu besar)

Adun (mix) sehingga adunan berbuih dan masukkan bahan-bahan berikut:

  • Tepung gandum (1 1/2 cawan)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)

Ayak dahulu dan adun (mix) sebati.

Kek dan meringue

  1. Masukkan sesenduk meringue dan kaup balik. Kemudian, masukkan lagi dan kaup balik sehingga habis. Kaup balik secara lembut sahaja sehingga sebati.
  2. Asingkan dalam bekas dan letakkan pewarna kegemaran anda. Pemilik resepi menggunakan pewarna jenama Star Brand.
  3. Lapis atas puding tadi. Jangan risau, kek akan terapung. Lapis sehingga siap.
  4. Kukus selama 40 minit menggunakan api sederhana.

Nota: Pastikan kesemua bekas dan sudu kering. Jangan sesekali basah. 

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Nurul Shafira [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)