Pengat pisang adalah jenis hidangan berkuah manis (jenis pengat) yang menggunakan pisang sebagai bahan utama yang dimasak.
Ia adalah sejenis menu yang terkenal di Malaysia, terutamanya di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Pengat pisang adalah pisang yang dimasak bersama santan dan gula untuk membuat sajian berkuah pekat yang lemak dan manis.
Lazimnya, daun pandan dimasukkan untuk mengharumkan sajian. Telur kadang-kadang dicampurkan untuk memekatkan dan menambah perisa.
Durian turut boleh diletakkan sebagai perisa tambahan.
Nama pengat pisang berasal dari bahan utama untuk membuat pengat tersebut, iaitu pisang.
Kuih ini juga dipanggil sebagai sira pisang.
Pengat pisang lazimnya agak tahan lama disebabkan kuahnya yang manis berfungsi sebagai bahan pengawet, namun disebabkan kuahnya yang manis itu juga ia menarik perhatian banyak serangga seperti semut dan lipas.
Pengat ubi kayu tahan lebih lama sekiranya diletakkan dalam peti ais. Ia agak jarang untuk dibuat bagi jualan harian, namun lazimnya dibuat hanya untuk dimakan sendiri.
Pengat pisang lazimnya dibuat sebagai menu makan petang. Ia boleh dibuat dengan pelbagai bahan seperti sedikit telor dan kuahnya yang manis menambah rasa lazat.
Pengat pisang lazimnya agak susah untuk disajikan disebabkan ia mempunyai kuah yang melekit dan manis. Maka, pengat pisang lazimnya jarang disediakan sebagai menu pejabat, contohnya ketika mesyuarat.
Pengat Pisang Lazat dan Cepat Siap
Bahan-bahan:
- Pisang
- Santan
- Gula melaka
- Gula pasir
- Garam (sedikit)
- Daun pandan
- Air
Cara membuatnya:
1. Masukkan santan, air, gula melaka, gula pasir, secubit garam dan daun pandan yang diikat.
2. Masakkan dengan api perlahan.
3. Masukkan pisang yang telah dipotong.
4. Kacau lembut supaya pisang tidak hancur.
5. Biarkan sehingga mendidih dan pisang masak. Tutup api.
Nota: Pengat pisang boleh dinikmati ketika panas atau didinginkan dalam peti sejuk.
Sumber: