Oleh pada 11 Oct 2018 kategori

Kredit foto: Nurul Atika Moktar (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Jika anda ada lebihan nasi semalam yang tidak habis, jangan sesekali dibuang. Anda boleh buat apam nasi atau juga dikenali sebagai kueh apam. Apam nasi sesuai disajikan sebagai kudapan semasa sarapan pagi atau minum petang.

Makan apam panas-panas sambil pekena air teh O memang terangkat. Lebih-lebih lagi sewaktu musim hujan.

Jika dimakan dengan kelapa parut campur garam, memang sedap tidak terhingga. Tidak hairanlah ramai yang menjadikan apam nasi sebagai sumber rezeki.

Bahan-bahan

  • 1 cawan nasi sejuk*
  • 1 cawan gula*
  • 1 1/2cawan air*

*blend 3 bahan ini sehingga halus hancur nasi 

  • 1 cawan tepung gandum**
  • 1 cawan tepung beras**
  • 1 sudu kecil mauripan**

**3 bahan ni di gaul sebati

  • kelapa parut (gaul dengan sedikit garam dan kukus selama 5 minit)

Cara penyediaan:

1. Tapis bahan blender dan masukkan dalam bahan tepung. Kacau sehingga sebati.

2. Bahagi beberapa bahagian dan titiskan pewarna.

3. Perap adunan selama 3 jam.

4. Selepas perap, panaskan kukus sehingga air mendidih.

5. Sementara hendak tunggu air kukus mendidih, sapu acuan lompang dengan minyak. Masukkan adunan dan kukus menggunakan api besar.

6. Kukus selama 15-20 minit. Angkat dan sejukkan sebentar.

7. Keluarkan dari acuan. Tabur kelapa parut.

apam nasi 2 458

Apam nasi berkuah cukup popular di Terengganu. Rasa kuah lemak-lemak pedas manis pekat dengan isi ikan. Kredit foto: Roslina Mixsna‎ (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Resepi kuah apam

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 sudu kecil jiran putih*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 3, 4 kutum bunga lawang
  • 4, 5 kutum buah pelaga
  • 2/3 cm kunyit hidup*
  • 2/3 cm lengkuas*
  • 2/3 cm halia*
  • 1 batang serai*
  • 3 sudu besar kerisik
  • 3 sudu besar kelapa parut*
  • 3 ekor ikan selayan*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 sudu besar rempah gulai (bunga Ros)*
  • gula/nisan secukup rasa
  • santan

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan yang bertanda di atas.

2. Tumis rempah empat beradik tersebut dahulu.

3. Tumis bahan yang dikisar tadi. Masukkan santan, gula, nisan dan garam.

Sumber:

1. Nurul Amira [12]

2. Sara Amri [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)