Oleh pada 31 Mar 2020 kategori

Resepi nasi daging utara ini tidak mempunyai sukatan. Untuk rasa yang berbeza, boleh gunakan daging tulang rusuk atau harimau menangis.

Gula batu juga boleh diletakkan sedikit ketika merebus daging. Untuk masak rempah kurma dan rempah sup pula, anda juga boleh campurkan tomato kisar. 

Nasi Daging Utara

Cara-cara memasak :

  1. Rebus daging segar terlebih dahulu.
  2. Rebus sekali kulit kayu manis, bunga lawang, jintan manis, buah pelaga dan sedikit garam.
  3. Rebus sehingga daging tersebut separuh masak. Air rebusan tersebut nanti digunakan untuk masak nasi.

Bahan-bahan nasi:

  • Beras basmathi (2 cawan) - direndam dahulu selama sejam dengan sedikit garam supaya kembang
  • Air rebusan daging (3 cawan) - guna cawan yang sama dengan sukatan beras (1 cawan beras=1 setengah cawan air) 
  • Minyak sapi
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam
  • Serai
  • Serbuk kari daging - tidak perlu banyak
  • Serbuk kurma - diletakkan lebih sedikit untuk enak
  • Serbuk kas kas (sedikit sahaja)
  • Garam
  • Buah tomato
  • Daun ketumbar

Cara-cara membuat: 

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Tumis bahan tumbuk tadi dengan minyak sapi dalam periuk sehingga agak garing. 
  3. Masukkan rempah kurma, sedikit rempah kari daging, serai, lada hitam yang ditumbuk, garam, serbuk kas kas dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak. 
  4. Masukkan 3 cawan air rebusan daging. 
  5. Kemudian, masukkan beras yang direndam tadi. Tos dahulu buang air. Kacau-kacau sedikit beras tersebut dalam periuk.
  6. Apabila nasi sudah agak masak, masukkan daging yang direbus yang telah empuk dan daun ketumbar dalam periuk. Kacau-kacau biar masak bersama nasi. Tutup api. Siap.

Bahan-bahan untuk air asam: 

  • Cili padi
  • Asam jawa
  • Garam
  • Belacan
  • Kerisik
  • Buah tomato
  • Bawang kecil

Cara-cara membuat: 

  1. Tumbuk cili padi, garam dan belacan sehingga agak lumat.
  2. Kemudian, masukkan dalam mangkuk. Perah air asam jawa pekat-pekat. Gaulkan dengan cili tumbuk tadi. Potong bawang dan tomato nipis-nipis. Letakkan sekali dalam bahan cili. Akhir sekali, letakkan sedikit kerisik.

nasi daging utara 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Nor Fahana [1, 2]

Sumber informasi:

1. Habibha Shaik Dawood [1, 2]

2. Rahizah Izah [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)