Salah satu masalah yang popular untuk dibincangkan di negara kita adalah berkenaan masalah yang dihadapi orang ramai dalam isu pemilikan rumah atau hartanah.
Bank Negara sendiri mengakui berdasarkan kajian yang telah dijalankan, apabila dibandingkan nilai jualan hartanah dengan kadar pendapatan rakyat Malaysia - berlaku ketidak seimbangan yang sangat ketara membataskan kemampuan orang ramai memiliki kediaman sendiri.
BESARKAN TEKS A- A+
Persoalannya, seteruk mana masalah ini sebenarnya berdasarkan statistik sebenar?
Harga rumah memang meningkat tanpa kawalan
Tahukah anda purata harga rumah di negara kita pada tahun 2009 adalah RM204,470 sementara pada penghujung 2017, nilai purata harga hartanah adalah RM404,345. Menakutkan bukan jumlah kenaikan itu kerana kenaikan itu boleh dikatakan menyamai kenaikan hampir dua kali ganda, dalam tempoh tidak sampai 10 tahun.
Secara purata untuk tahun 2017 sahaja, nilai hartanah di seluruh negara mengalami kenaikan nilai di antara 2.3% hingga 7.2%, dengan Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan tertinggi di antara semua negeri/wilayah.
Hanya Sabah mengalami penurunan purata nilai hartanah bagi tahun 2017, apabila puratanya menurun sebanyak -0.2% bagi tahun tersebut.
Lima negeri di mana nilai hartanah paling tinggi
Negeri manakah yang mencatatkan nilai hartanah paling tinggi dalam negara kita secara purata? Berikut adalah senarai negeri-negeri tersebut dengan purata nilai hartanah bagi tahun 2017.
Kuala Lumpur | RM800,893 |
Selangor | RM469,410 |
Sabah | RM432,655 |
Pulau Pinang | RM431,225 |
Sarawak | RM426,243 |
Lima negeri di mana hartanah paling mesra poket
Bagaimana pula dengan negeri manakah yang mencatatkan nilai hartanah paling rendah dalam negara kita secara purata? Berikut adalah senarai negeri-negeri tersebut dengan purata nilai hartanah paling rendah bagi tahun 2017.
Kelantan | RM165,853 |
Melaka | RM168,478 |
Perlis | RM170,459 |
Perak | RM197,634 |
Kedah | RM203,365 |
Harga purata hartanah mengikut jenis
Berikut pula adalah nilai hartanah mengikut jenis yang telah dibangunkan secara purata. Sekiranya anda berminat untuk memiliki hartanah, harga purata yang dinyatakan boleh menjadi indikasi awal adakah pemaju telah meletakkan harga terlalu tinggi atau sepadan dengan nilai sebenar hartanah yang dijual.
Purata harga keseluruhan | RM410,050 |
Jenis rumah teres | RM360,262 |
Jenis rumah bertingkat | RM348,216 |
Jenis rumah berkembar | RM652,504 |
Jenis rumah sesebuah | RM678,601 |
Selain daripada memahami nilai pasaran hartanah di negara kita, kami turut sama merasakan penting untuk anda memahami kenapa kita menggelarkan jenis-jenis kediaman dengan perkataan yang pelik-pelik seperti banglo atau apartment.
Nak tahu kenapa rumah sesebuah dinamakan banglo? Jom baca artikel ini.