Kredit foto: Mstar
Hubungan pasangan suami isteri, Datuk Farid Kamil dan Datin Diana Danielle kekal utuh meskipun beberapa kontroversi melanda perkahwinan mereka kebelakangan ini.
Farid, 37, membayangkan kekuatan hubungannya dengan Diana menerusi laman sosial peribadi.
"BERSATU Kita Teguh Bercerai kita roboh," tulisnya di kapsyen bersama tanda pagar #kamiXramai tapi kami ada #X.
Kiriman itu dipercayai sebagai pencerahan kepada spekulasi yang mempersoalkan status terkini rumah tangganya.
Menguatkan kenyataan, Diana juga meninggalkan komen berbunyi:
"Alhamdulillah, Allah lindungi keluarga kita."
Kredit foto: Instagram Farid Kamil
Sehubungan itu, orang ramai memberikan sokongan tanpa henti, buat pasangan yang mengalami dugaan getir ketika ini.
"Alhamdulliah. Semoga ALLAH melindungi keluarga bahagia @faridkamilz dan @dianadanielle. Semoga perkahwinan kalian berkekalan hngga ke jannah. Amin," tulis @mizzain_wanney.
"Apa yang kita lalui itu ada lah asam garam kehidupan. Suka duka ,pahit manis ada lah rencah buat kita bahagia. Pengalaman ada lah guru yang paling ampuh. Lalui lah ia dengan ketabahan agar bahagia hingga ke Jannah. Amin," kata @erraerrysharifah.
"Terus kuat. ALLAH ada. Semoga Berbahagia hingga ke jannah kedua-dua anda. Sentiasa sokong pasangan kegemaran saya @faridkamilz dan @dianadanielleb," cetus @yazz.nsastay.
Terdahulu, perkahwinan Farid dan Diana dikatakan bergolak selepas Diana menerima khidmat nasihat peguam syariah.
Spekulasi itu berlarutan apabila Farid mengasari pihak berkuasa dan orang awam di balai polis, dikatakan kerana tertekan dengan masalah rumah tangganya.
Sumber berita: Sinar Harian