Oleh pada 14 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Diana Danielle 

Selepas beberapa hari berdiam diri, isteri Datuk Farid Kamil, aktres Datin Diana Danielle akhirnya tampil bersuara dalam satu kenyataan terbuka di laman Instagram.

Menghargai sokongan para peminat terhadap dirinya mahupun suami, Diana, 26, berkata, Farid yang ditahan polis itu tidak pernah sesekali berlaku kasar terhadapnya.

“Pertama, terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada suami dan saya.

“Kedua, suami tidak pernah walau sekalipun bertindak kasar terhadap saya," tulisnya.

Dalam masa sama, Diana menegaskan betapa dia komited dalam terus mengukuhkan hubungan yang terjalin.

“Saya sentiasa bersamanya untuk memperbaiki dan mengukuhkan lagi hubungan yang sememangnya kukuh,” jelasnya.

Menutup kenyataannya, Diana memberitahu dia tidak akan melayan sebarang soalan daripada media buat masa ini demi meredakan isu yang sedang hangat ini.

"Pada ketika ini, saya memilih tidak memberi sebarang kenyataan untuk tidak mengeruhkan lagi kemelut sedia ada," akhirinya dalam catatan itu. 

Terdahulu, Farid hadir di Balai Polis Trafik Kota Damansara bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Sewaktu di kaunter balai, beliau tidak semena-mena menjadi berang sebelum menampar anggota polis sambil disaksikan seorang anggota lain dan tiga orang awam.

Malah dia dipercayai turut menyepak dua orang awam lain.

Farid kini direman sehingga Isnin. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)