Siapa tak sukakan kucing kan? Dengan wajah yang sangat comel, tingkahlaku mencuit hati dan bulu yang gebu, ramai yang terkesima dengan haiwan ini.
Di Amerika Syarikat, kira-kira 68% daripada keluarga mempunyai haiwan peliharaan. 36.5% daripada mereka memelihara anjing, manakala 30.4% daripada mereka memiliki kucing.
Anjing kelihatan kekal sebagai haiwan peliharaan pilihan di AS sebagai teman namun memiliki kucing ternyata dapat menunjukkan banyak fakta menarik tentang pemiliknya.
BESARKAN TEKS A- A+
Selain daripada kemampuan kucing yang luar biasa dalam membantu manusia mengurangkan tekanan, melalui masa-masa yang sukar dan berhadapan denngan kehilangan orang tersayang, memiliki kucing banyak menerangkan tentang watak dan personaliti anda pada umumnya.
Anehnya, orang ramai cenderung untuk memilih haiwan kesayangan yang selari dengan gaya hidup dan berpadanan dengan tabiat mereka.
Dan kajian terbaru dari 3 universiti iaitu University of Florida, Universiti Carroll dan Universiti Marquette menerangkan tentang hal ini.
Pada mulanya, Samuel D. Gosling dari Universiti Texas mendapat idea untuk membandingkan pemilik anjing dengan haiwan peliharaan mereka.
Dia berjaya menggariskan beberapa sifat yang serupa antara manusia dan haiwan peliharaan mereka, tetapi pemilik kucing tidak ada di dalam senarai yang dibuat.
Kemudian, Denise Guastello, seorang Profesor dari Kolej Carroll bersama-sama Andrea Guastello dan Stephen Guastello melakukan satu eksperimen yang tak pernah dilakukan iaitu membandingkan personaliti pemilik kucing dan pemilik anjing.
Tujuan eksperimen ini adalah untuk memahami hubungan antara personaliti manusia dengan kecenderungan mereka terhadap spesis haiwan.
Seramai 600 pelajar ijazah sarjana muda mengambil bahagian dalam kajian ini di mana 16 faktor psikologi mereka dinilai oleh ahli psikologi.
Faktor-faktor tersebut termasuklah penaakulan, kestabilan emosi, kegembiraan, penguasaan dan lain-lain
Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh para peserta, kajian ini menunjukkan bahawa pelajar yang memiliki anjing adalah lebih mesra dan sosial serta tergolong dalam golongan extrovert.
"Bukan sesuatu yang menghairankan bagi pemilik anjing untuk lebih mesra kerana mereka biasanya akan berada di luar rumah membawa anjing mereka bersiar-siar sambil berborak dengan orang ramai,".
Bagi pemilik kucing pula, mereka adalah lebih sensitif dan kreatif.
Para penyelidik juga menyedari terdapat satu lagi ciri-ciri yang ada pada pemilik kucing. Meskipun agak sensitif, pemilik kucing sentiasa dapat mempertahankan kepentingan mereka dan pandangan mereka.
Tetapi ciri-ciri yang paling menarik dilihat dimiliki oleh pemilik kucing adalah kepintaran atau kecerdasan otak.
Kajian ini mengisytiharkan bahawa pemilik kucing mendapat skor yang lebih tinggi dalam kategori penaakulan (seperti kepintaran umum), berbanding pemilik anjing.
"Pemilik kucing lebih cenderung untuk memiliki ijazah universiti daripada pemilik anjing. Orang yang berpendidikan cenderung bekerja lebih lama dan memilih haiwan peliharaan yang berpadanan dengan keadaan peribadi dan gaya hidup mereka."
Walau apa pun hasil kajian ini, sama ada anda pencinta kucing, anjing atau ikan, apa yang paling penting adalah hubungan anda dengan haiwan peliharaan anda.
Jadi, adakah anda pemilik kucing atau anjing? Bolehkah anda mengesahkan hasil kajian ini?
Rujukan:
1. Shortlist
2. Unilad
3. Independent