Adakah haiwan mempunyai semantik, tatabahasa atau loghat seperti kita? Ahli Linguistik masih mencari jawapan kepada persoalan ini pada abad ke-21 ini dengan pelbagai eksperimen. Mari kita kenali 10 haiwan yang belajar menggunakan bahasa.
10. Koko (Gorilla)
BESARKAN TEKS A- A+
Salah satu haiwan terkenal yang terselamat ialah Koko yang dilahirkan pada 1971 dan dibesarkan di Zoo San Francisco. Ia dididik oleh ahli linguistik iaitu Francine Patterson yang cuba memujuk agar pihak zoo membenarkan Koko dijadikan bahan eksperimen penggunaan bahasa.
Kini, dia mendakwa Koko mahir lebih 1000 isyarat dan memahami hampir 2000 perkataan manusia. Seorang wartawan British dibenarkan untuk menemui Koko pada 2011 melaporkan bahawa haiwan itu faham tanda “bayi” yang ditunjukkan dan mengambil satu anak patung dari timbunan mainan dan menunjukkan patung itu kepada perkataan bayi itu tadi.
Dr Patterson juga berkata Koko berupaya menggabungkan 2 perkataan berbeza seperti perkataan “jari” dan “gelang” dan memahaminya sebagai “cincin”. Walaupun dia menguasai cara berkomunikasi dengan pelatihnya namun kekurangan tatabahasa membuatkan penggunaan bahasa oleh Koko adalah tidak pasti.
9. Chantek (Orang utan)
Chantek adalah seekor orang utan jantan yang dilatih oleh seorang ahli anthropoligi iaitu Lyn Miles untuk menggunakan ratusan bahasa isyarat. Dia yang kini tinggal di Zoo Atlanta boleh memahami perbualan bahasa Inggeris dan juga bahasa isyarat. Sama seperti Koko, Chantek juga dilaporkan berkebolehan menggabungkan 2 perkataan. Seperti “mata” dan “minum” maka ia akan menunjukkan air solusi bagi kanta lekap.
Dia juga menggunakan kata ganti diri apabila merujuk kepada setiap penjaganya sebagai “Lyn”. Namun tabiatnya yang pemalu membuatkan ia sukar menunjukkan kebolehannya di hadapan orang ramai.
8. Nim Chimpsky (Chimpanzee)
Diberi nama sempena ahli linguistik dan psikologi terkenal Noam Chomsky, chimpanzee ini mempunyai sejarah hidup yang menyedihkan. Nim berpindah ke Manhattan semasa kecil untuk hidup bersama keluarga Stephanie LaFarge. Dia dijaga Lafarge bersama-sama anaknya sendiri bahkan juga disusukan dengan susu badan. Pada waktu siangnya Nim akan diajar bahasa isyarat oleh seorang pengkaji dari Universiti Columbia dan berjaya untuk kenal 125 bahasa isyarat.
Kemudian Nim menjadi semakin agresif dan menggigit kanak-kanak lain di rumah itu. Pada tahun 1977, dia telah menyerang seorang pengkaji dan mereka mengambil keputusan untuk menghentikan kajian itu. Nim kemudiannya dihantar ke tempat kemudahan haiwan liar di Universiti Oklahoma di mana dia dilatih oleh pembantu penyelidik bernama Bob Ingersoll yang menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengannya.
Mereka juga kadangkala berkongsi ganja, salah satu tabiat yang diperolehi Nim ketika tinggal di New York. Nim akan menunjukkan isyarat “masa untuk menghisap ganja” kepada Bob jika ingin menghisapnya. Nim kemudiannya dipindahkan lagi ke pusat kajian perubatan tetapi diselamatkan oleh Bob kemudiannya dan melepaskannya ke pusat perlindungan chimpanzee sehingga ia mati pada tahun 2000.
7. Matata (Bonobo)
Salah satu lagi haiwan primate yang dikaji, kali ini oleh pengkaji Duane M. Rumbaugh dan E. Sue Savage-Rumbaugh. Spesis bonobo yang diberi nama Matata ini telah diajar menggunakan papan kekunci dengan lexigram atau simbol namun gagal memahami konsep itu. Namun begitu, ia mendapat tempat di dalam senarai ini kerana sesuatu yang aneh berlaku semasa Matata berada menjalani pembelajaran ni Pusar Penyelidikan Bahasa Universiti Georgia.
Sebagai betina yang dominan, Matata telah menculik seekor anak bonobo yang lain dari ibunya dan membela bayi bonobo itu sebangai anak angkat dan diberikan nama Kanzi oleh para penyelidik. Dari spesis bonobo ini, Kanzi sebenarnya yang telah membuka beberapa penemuan baru para penyelidik, nantikan kisahnya kemudian.
6. Sherman dan Austin (Chimpanzees)
Sherman dan Austin ini juga merupakan subjek kajian di Pusat Kajian Bahasa dan dikaji juga oleh Duane M. Rumbaugh dan E. Sue Savage-Rumbaugh. Kedua-dua chimpanzee ini bijak kerana boleh belajar mengenal simbol. Apabila ditunjukkan gambar bola, mereka akan pergi mengambil bola yang sebenar terletak di bilik yang berlainan.
Mereka juga didapati berinteraksi sesama sendiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Walaupun tidak memahami bahasa Inggeris, namun mereka boleh berhubung dengan manusia menggunakan papan kekunci lexigram atau bersimbol, dengan 97% ketepatan.Austin telah mati pada tahun 1998 akan tetapi setiap kali Sherman melihat video Austin bersamanya ia pasti akan kenal dan terkenangkan Austin.
5. Panbanisha (Bonobo)
Panbanisha adalah anak perempuan kepada Matata dan salah seekor haiwan yang dikaji di Pusat Kajian Bahasa. Dia dibesarkan bersama seekor chimpanzee bernama Panzee dan kedua-dua mereka diajar bahasa manusia dan juga simbol. Panbanisha menunjukkan peningkatan dalam belajar berbanding Panzee, yang dikeluarkan dari kajian pusat ini setelah 5 tahun.
Panbanisha mati pada tahun 2012 di pusat perlindungan haiwan liar dan ucapan selamat tinggal yang dibuat Duane Rumbaugh ialah “Kehadiran dan kebolehsuaiannya menunjukkan dia adalah dekat dengan spesis kita”. Duane juga menerangkan Panbanisha sebagai “sesuatu yang istimewa”.
Haiwan ini mempunyai kebolehan bertutur yang berbeza dan memahami bahasa yang dicakap, lebih dari monyet lain yang kebanyakannya hanya memahami simbol. Ini yang membuatkan dia berbeza daripada yang lain.
4. Sarah (Chimpanzee)
Lahir pada tahun 1962, Sarah merupakan chimpanzee yang pertama yang mempunyai kebolehan menggunakan tatabahasa. Di bawah seliaan David dan Ann James Premack, Sarah menggunakan sebuah papan khas dengan bongkah plastic untuk melengkapkan satu ayat berkait seperti “jika (ini berlaku) maka (ini akan berlaku) atau (ini yang akan berlaku)”.
Chimpanzee lain yang pernah diajar oleh pasangan Premacks ini gagal bahkan ada yang tidak memahami satu perkataan sekalipun namun Sarah dapat menyelesaikan ayat yang panjang. Pada tahun 1987 akhirnya pasangan itu membuat keputusan untuk berhenti dari melatih chimpanzee dan Sarah dihantar untuk tinggal di pusat perlindungan chimpanzee.
3. Phoenix and Akeakamai (Dolphins)
Bukan semua eksperimen bahasa dijalankan ke atas monyet. Dolphin telah diketahui lama mempunyai kepintaran melebihi manusia jadi tidak mustahil jika mereka juga menjadi bahan kajian. Louis Herman adalah perintis di dalam bidang ini. Dia berpengkalan di Makmal Mamalia Marin Kewalo Basin dan Phoenix dan Akeakamai adalah dua daripada bahan ujikajinya. Ujikaji itu dikatakan berjaya namun tidak seperti monyet ia hanya tertumpu kepada pemahaman bahasa bukannya berhubung.
Dolphin ini diajarkan perkataan baru yang belum didengarinya dan berupaya memahaminya. Bukan sahaja kepada sebutan namun juga memahami struktur ayat itu seperti contoh “lompat dalam gelung” dan “dalam gelung lompat”. Akeakamai juga boleh menunjukkan respon spontan dengan menggunakan siripnya untuk “ya” atau “tidak”.
Sedihnya apabila mereka berdua mati pada usia 27 tahun, selang beberapa bulan di antara satu sama lain disebabkan kenser (purata jangka hayat dolphin adalah 35 tahun). Selepas itu apabila rakan sekolam dengan mereka iaitu Hiapo juga mati awal, makmal kajian itu telah diarahkan tutup pada tahun 2005. Mereka memberi alasan bahawa kerajaan Hawaii ingin membangunkan kawasan itu.
2. Alex (Kakak Tua)
Salah satu lagi contoh haiwan selain monyet yang belajar berkomunikasi. Seekor kakak tua perang Afrika yang diberi nama Alex ini dilatih oleh Irene Pepperberg. Burung kakak tua terkenal dengan kebolehan mereka meniru percakapan manusia, namun Pepperberg percaya bahaya Alex boleh bertutur dengan lebih teratur.
Dia berkata lagi Alex memang tidak boleh menggunakan bahasa, namun ia pandai dalam komunikasi dua hala menggunakan kod termasuk 150 patah perkataan, nombor 1-7, dan 50 nama objek. Burung ini juga mempunyai kebolehan matematik dan mencampurkan di antara dua nombor.
Alex yang namanya diambil sempena Avian Language EXperiment ini telah dijumpai mati pada September 2007 dengan tanpa sebab. Kata-kata terakhirnya kepada Pepperberg pada malam sebelumnya ialah “Awak baik-baik sahaja, saya cintakan awak, jumpa awak besok”
1. Kanzi (Bonobo)
Kini berbalik kepada anak angkat kepada Matata iaitu Kanzi yang mempunyai kisah yang menarik. Ketika Matata diajarkan bahasa serta papan kekunci simbol kepadanya, Kanzi yang masih kecil akan selalu memanjat di belakangnya atau bermain di sekitarnya. Walaupun begitu ianya sukar untuk Matata memahami apa yang diajarkan kepadanya.
Suatu hari tanpa kehadiran Matata, Kanzi mula menggunakan papan kekunci simbol itu di mana ibunya gagal. Dengan cepat dia menguasai 10 perkataan itu dan ditambah pula 200 lagi perkataan kemudiannya. Dia dapat menunjukkan di papan kekunci itu perkataan apakah yang kita tuturkan. Apa yang menarik dan menjadi penemuan besar pengkaji ialah Kanzi sebenarnya tidak pernah diajar menggunakan lexigram ini dan tidak mendapat sebarang didikan latihan bahasa sekalipun.
Dia mendapat kebolehan ini sama seperti mana kanak-kanak manusia belajar. Dia juga pernah diuji dengan bayi berumur 2 tahun dan berjaya menyelesaikan masalah dengan baik. Dia diajar memanggang marshmellow dan juga bahasa isyarat dengan menonton video Koko the gorilla. Salah satu kejayaan kajian oleh pasangan Rumbaugh ini menunjukkan ada harapan bahawa satu haiwan boleh menggunakan bahasa jika diajar dan diberi peluang.