Kucing, sama seperti manusia mempunyai risiko untuk mendapat kanser. Malah kanser juga merupakan antara pembunuh utama kucing di seluruh dunia. Sebagai pemilik kucing, anda haruslah peka sekiranya terdapat simptom atau tanda-tanda awal kanser pada kucing anda. 

Sekiranya tanda-tanda berikut terdapat pada kucing anda, sila berjumpa doktor haiwan (vet) untuk mendapatkan kepastian. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Penurunan Berat Badan Tidak Normal

kucing comel 57

Sekiranya terdapat sedikit penurunan pada berat badan kucing anda, itu mungkin normal bergantung pada pemakanan atau tahap aktif anda. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat penurunan berat badan secara luar biasa, ianya mungkin petanda awal kanser. 

Menurut Dr. Zeidel, pengasas Malta Animal Hospital dan ahli American Veterinary Medical Association, penurunan berat badan secara abnormal merupakan petanda paling utama kanser. Sekiranya kucing anda tiba-tiba tidak berselera hendak makan, itu merupakan sesuatu yang perlu dirisaukan. Sekiranya kucing anda tidak mempunyai masalah hendak makan tetapi tetap mencatatkan penurunan berat badan, itu juga merupakan petanda yang tidak elok. Sila bawa kucing anda berjumpa doktor dengan kadar segera.

2. Perubahan Pada Mulut

mulut kucing

Sekiranya terdapat perubahan pada mulut si kucing seperti pendarahan, ketumbuhan, perubahan warna pada gusi ataupun bau busuk, ianya mungkin simpton kanser mulut. Kucing yang sudah tua lebih berisiko dijangkiti kanser ini. Malangnya tanda-tanda ini selalunya lambat dikesan kerana pemilik kucing jarang memeriksa mulut kucing mereka.

Selain itu, doktor juga menyarankan agar pemilik kucing memerhatikan sekiranya ada tanda-tanda yang disebutkan di atas pada kucing anda terutamanya ketika kucing anda sedang menguap atau makan.

3.Pendarahan Pada Hidung

hidung kucing berdarah

Pendarahan pada hidung kucing adalah sesuatu yang tidak normal. Untuk kucing yang sudah berumur, ianya lebih merisaukan. Pendarahan pada hidung berkemungkinan tanda awal kanser pada hidung kucing anda.

Sementara itu, sekiranya terdapat pendarahan pada kucing yang masih muda ianya berkemungkinan terdapat bendasing pada hidung kucing anda. Sekiranya tidak pasti sila berjumpa vet dengan segera.

4. Peningkatan Berat Badan

kucing gemuk

Selain penurunan berat badan secara luar biasa, peningkatan berat badan secara luar biasa juga boleh menjadi tanda awal kanser. Sebagai pemilik kucing, anda haruslah peka dengan tabiat pemakanan si comel.

Sekiranya kucing anda kurang makan tetapi tetap mencatatkan peningkatan berat badan, ianya adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian. Disarankan berjumpa vet untuk mendapatkan kepastian.

5. Sawan

kucing 659

Sawan merupakan tanda kanser otak pada kucing, terutamanya kucing yang sudah berumur. Sekiranya kucing anda menunjukkan tanda pelik seperti kebas pada anggota badan atau mulut berbuih, kucing anda mungkin mempunyai penyakit sawan. Sila berjumpa vet dengan kadar segera.

Tanda-tanda awal kanser di atas hanyalah sebahagian tanda yang perlu diambil tahu oleh setiap pemilik kucing. Setiap pemilik kucing mestilah peka ada tahap kesihatan kucing peliharaan agar si kucing tidak menderita.

Kredit: Reader's Digest




Hakcipta iluminasi.com (2017)