Jika anda sering menonton rancangan yang melahirkan model seperti America's Next Top Model ataupun Miss Universe, anda boleh perhatikan sendiri bagaimana setiap sesi penggambaran mengambil masa yang lama. Ada yang mengambil masa berjam-jam bagi setiap persalinan pakaian.
Tapi tahukah anda, model bagi gedung online terkemuka dari China, Taobao mampu bekerja dengan cepat menggayakan sehingga 150 helai pakaian berbeza setiap hari?
BESARKAN TEKS A- A+
Model-model ini diberikan masa hanya seminit untuk menukar pakaian di antara setiap penggambaran dan waktu makan selama 10 minit sahaja.
Bagi model yang lebih berpengalaman, bayaran yang diterima juga amat lumayan. Dilaporkan mereka menerima sehingga 10,000 yuan (RM 6,342) bagi setiap hari bekerja!
Setiap model mampu membuat gaya berlainan sehingga lebih daripada 700 gaya. Ini bermakna model-model ini melakukan 30 gaya berbeza dalam masa 15 saat sahaja.
Gambar yang terbaik kemudian akan dipilih untuk dimuatnaik ke laman web beli-belah tersebut.
Apa pandangan anda? Macam supermodel tak gaya mereka ini?