Gee Bee Model R Super Sportster merupakan sebuah kapal terbang klasik yang direkabentuk oleh syarikat Granville Brothers Aircraft di Massachusetts. Bermula dengan model pertamanya Model Z, nama Gee Bee itu diambil semperna syarikat Granville Brothers itu sendiri.

Kapal terbang ini bukannya dibina untuk tujuan pengangkutan sebaliknya bagi menyertai sebuah pertandingan Thompson Trophy Race pada tahun 1932.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ketika itu, kapal terbang ini mendapat jolokan sebagai kapal terbang berlesan terlaju dan paling mudah dikendalikan di Amerika Syarikat bagi kapal terbang dengan kuasa enjin yang setaraf dengannya.

Dalam pertandingan itu, kapal terbang ini yang dipandu oleh Jimmy Doolittle seperti dijangka telah menang. Bukan itu sahaja, kapal terbang ini telah mencipta rekod dunia pada ketika itu dengan kelajuan maksimum 476 km/j. Populariti kapal terbang ini terus naik dan menjadi kegilaan pada ketika itu.

Rekabentuk yang sangat unik

kapal terbang unik

Secara luarannya, pesawat ini mempunyai reka bentuk yang sangat unik yang dapat  dilihat dengan badan pesawat yang tebal yang lengkap dengan sayap monoplane yang pendek. Kerangka pesawat pula dibina di sekitar enjin besar yang dipasang pada bahagian hadapan.

Sementara itu, kokpit juruterbang pula terletak di bahagian belakang untuk memberikan visi penglihatan lebih jelas sewaktu melakukan tukaran arah. Kedudukan kokpit di bahagian belakang ini juga bagi memastikan juruterbang dapat melihat jelas memandangkan terdapat enjin yang besar pada bahagian hadapan.

Comel tapi merbahaya

rekabentuk gee bee

Walau bagaimanapun, rekabentuknya yang unik ini menyebabkan kapal terbang ini mempunyai lebih kecenderungan untuk menyebabkan penukaran arah secara drastik ketika naik ke altitud yang lebih tinggi. Walaupun rekabentuk yang unik ini dikatakan dapat meningkatkan kelajuan, ia dianggap terlalu bahaya untuk juruterbang.

Namun, kemalangan demi kemalangan yang dicatatkan menyebabkan reputasinya merudum dan dianggap sangat merbahaya. Malah, banyak kemalangan telah dicatatkan sejak model awal kapal terbang ini dicipta seperti Model X, Model C, Model D, Model E, Model Y dan Model Z.

Kesemua kemalangan ini telah menyebabkan kematian dan malapetaka yang dahsyat. Model terakhir yang dikeluarkan model R juga masih mengekalkan corak rekabentuk yang sama. Selepas 5 kemalangan dicatatkan untuk model R, syarikat yang menciptanya menganggap segala usaha penambahbaikan padanya adalah sia-sia sahaja dan mengambil keputusan untuk berhenti menggunakannya.

Tiada ciptaan asal Gee Bee terselamat

replika gee bee

Untuk rekod, tiada kapal terbang Gee Bee yang mash wujud sehingga kini. Kesemuanya telah musnah akibat kerosakan teruk dan kemalangan. Terdapat juga replika bagi model R-1 yang dibina semula dan dipamerkan di New England Air Museum dan the San Diego Air & Space Museum menggunakan bahagian sebenar kapal terbang ini yang sudah kemalangan.

Replika R-1 yang dihasilkan semula ini hanyalah sebagai bahan pameran dan tidak berupaya untuk membuat penerbangan. Walau bagaimanapaun, terdapat sebuah replika Gee Bee Model R-2 yang dibangunkan semula oleh Steve Wolf dan Delmar Benjamin pada tahun 1991.

Replika modedl R-2 ini juga digunakan beberapa kali dalam pertunjukanan aerobatik bagi menunjukkan betapa hebatnya kapal terbang ini bagi juruterbang yang benar-benar mahir dan memahami karakteristik sebenar kapal terbang ini.

Kapal terbang ini akhirnya ditamatkan penggunaanya pada tahun 2002 dan dijual kepada syarikat Flight of Fantasy pada tahun 2004. Kini, replika model R-2 ini dipamerkan di OrLampa, Florida.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. HowStuffWorks
  3. Thrillist



Hakcipta iluminasi.com (2017)