Patung permainan wanita bagi kanak-kanak biasanya digelar Barbie Doll. Walaupun "Barbie" sebenarnya merupakan sebuah jenama yang menjual permainan sebegini, tapi dek kerana popularitinya semua permainan patung permainan kanak-kanak berbentuk wanitadigelar Barbie Doll. 

Bagaimana pula dengan permainan patung beruang yang kita gelar Teddy Bear? Dari manakah datangnya perkataan "Teddy" ini? 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Teddy bear bukan hanya satu permainan kanak-kanak sebaliknya sering juga dijadikan hadiah oleh orang dewasa sempena hari konvokesyen, hari jadi dan sebagainya. Malah, pelawak Mr Bean lakonan Rowan Atkinsonn juga mempunyai Teddy Bean yang dianggap sebagai teman baiknya. 

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkonngsi sebuah kisah yang dipercayai menjadi permulaan kepada perkataan Teddy Bear ini dan bagaimana ia boleh popular ke seluruh dunia.

Kisah Presiden Amerika Syarikat pergi berburu

sejarah teddy bear

Menurut sumber-sumber yang dipercayai, nama Teddy ini diberi sebagai menghormati Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Presiden Theodore Roosevelt, setelah dia menolak untuk menembak beruang semasa sedang berburu di Mississippi pada bulan November 1902.

Selain Preside AS itu, terdapat beberapa orang pemburu lain yang turut sama-sama berlumba mendapatkan hasil buruan pada hari tersebut. Setelah sekian lama berburu, hanya tinggal Presiden AS sahaja yng blum berjaya mendapatkan hasil buruan. Maka, beberapa orang pengawalnya telah bertindak menangkap seekor beruang yang kemudiannya diikat pada sebatang pokok.

Kemudian, mereka meminta Presiden Theodore Roosevelt menaembak beruang tersebut. Permintaan tersebut ditolaknya kerana beliau beranggapan bahawa seorang pemburu sebenar sepertinya tidak akan menembak binatang yang sudah ditangkap seperti beruang itu. 

Kisah daripada kejadian itu menarik perhatian orang ramai sehingga dimuatkan dalam akhbar dengan lukisan kartun politik popular oleh Clifford Berryman. Menurut beberapa sumber, kartun tersebut yang berjudul “Drawing the Line in Mississippi” bukan hanya merujuk kepada kisah Presiden Theodore Roosevelt enggan menembak beruang tersebut tetapi juga tindakannya dalam menangani masalah pertikaian sempadan antara Mississippi dan Louisiana. 

Penghasilan patung Teddy Bear 

sejarah patung teddy bear

Terinspirasi daripada lukisan kartun tersebut, seorang pemilik kedai gula-gula dari Brookly, New York iaitu Morris Michtom dan isterinya Rose mula menghasilkan patung beruang daripada kain sebagai penghormatan kepada Presiden ke-26 Amerika Syarikat itu.  

Patung beruang itu turut diletakkan tanda "Teddy's Bear" (bermaksud beruang milik Teddy) yang dipamerkan di tingkap kedainya. Tanpa disangka, patung beruang tersebut menarik minat pelanggan-pelanggan yang ke kedainya. Daripada situ, beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan dan mengkomersilkan patung berbentuk beruang tersebut. 

Disebabkan patung tersebut menggunakan nama Teddy (nama Presiden AS ketika itu), maka Morris Michtom telah menulis sepucuk surat terlebih dahulu kepada Presiden AS bagi meminta kebenaran menggunakan namanya bagi mengkomersilkan patung beruang itu. 

Mereka turut berbesar hati mnghadiahkan satu patung Teddy Bear kepada Presiden AS  itu.

Bermula daripada saat itu, Morris Michtom telah memulakan sebuah syarikat bernama "Ideal Novelty and Toy Company" yang memfokuskan kepada penghasilan dan penjualan Teddy Bear dan beberapa mainan lain. Populariti patung beruang yang dikenali sebagai Teddy's Bear terus melonjak bermula saat itu.

Peningkatan populariti Teddy Bear 

teddy bear mr bean

Pada masa yang lebih kurang sama syarikat Morris Michtom menghasilkan patung beruang, sebuah syarikat dari Jerman turut menghasilkan Teddy Bear versi mereka sendiri. Syarikat ini ditubuhkan oleh seorang tukang jahit bernama Margarete Steiff. 

Patung beruang itu direka bentuk oleh Richard, anak saudara Margarete Steiff yang mendapat inspirasi daripada beruang yang dilihatnya di zoo. Teddy Bear versinya itu pertama kali dipersembahkan dalam satu festival permainan di Jerman dan menarik minat ramai pihak. 

Seorang pembeli daripada Amerika Syarikat telah membeli Teddy Bear keluarannya untuk dijual di pasaran Amerika Syarikat. Pada awalnya, patung tersebut dikenali sebagai "Steiff bear" sebelum secara rasminya pada 1906 dikenali sebagai Teddy Bear. 

Peningkatan permintaan terhadap patung berbentuk Teddy Bear ini terus mendorong banyak lagi syarikat-syarikat menghasilkan permainan berupa beruang ini. Lama-kelamaan, patung berbentuk beruang ini terus popular di seluruh dunia dengan nama "Teddy Bear". 

Kredit: 

  1. Smithsonian Magazine
  2. History.com
  3. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)