Paris merupakan antara salah satu lokasi pelancongan paling popular di dunia, menurut media. Diberi nama jolokan seperti "City of Lights" dan "City of Love", ia menjadi tarikan pelancong dengan anggaran seramai 15 juta setiap tahun, dari serata dunia.
Namun, sejauh mana kebenaran yang digembar-gemburkan selama ini mengenai Paris? Mengapa ramai yang telah mengunjungi bandar ini mengatakan ia adalah bandar paling overrated di dunia? Adakah ia tidak mencapai tahap yang diimaginasikan pelancong?
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com ingin berkongi 7 sebab mengapa Paris dilabel sebagai bandar paling overrated di dunia.
7. Persekitaran tidak bersih
Daripada gambar yang dilihat di media masa, atau di post Instagram rakan-rakan anda yang melawati Paris, mungkin kota ini kelihatan tersangat cantik. Namun hakikatnya tidaklah seperti yang disangka.
Kawasan persekitaran Paris boleh dikatakan tidak bersih, malah ada sesetengah tempat yang boleh dikatakan sebagai kotor. Ya, di mana-mana sahaja ada tempat kotor, tapi sebagai tempat tumpuan pelancong, masalah ini sepatutnya lebih diberikan perhatian.
Sebagai contoh, Singapura, walaupun menjadi tumpuan pelancong, tetapi masih mengekalkan tahap kebersihan maksima.
Bukan itu sahaja, terdapat beberapa stesen kereta api bawah tanah (subway) dan lorong-lorong yang mana busuk berbau kencing dan tidak selesa untuk menunggu lama.
6. Layanan terhadap pelancong
Ramai pelancong yang merungut bahawa layanan orang tempatan terhadap pelancong sangatlah tidak mesra. Perkara ini dikatakan disebabkan oleh perbezaan budaya yang sangat ketara.
Malah, ada yang melabelkan sebagai kurang ajar.
Mungkin tak semua tetapi kebanyakan. Mungkin kerana terlalu ramai pelancong datang membuatkan mereka berasa tidak selesa?
5. Harga mahal
Antara perkara yang membuatkan bandar Paris overrated adalah kos dan harga yang mahal. Menurut sebuah laporan, Paris berada di tangga ke-7 bandar paling mahal di dunia, dan bandar termahal di Eropah.
Apa yang paling ketara adalah harga makanan yang tersangat mahal, berbanding bandar-bandar besar lain seperti London.
Memang rasa macam tak berbaloi! Gelemg kepala tengok harga. Sampai air botol pon mahal!
Dan ada juga sesetengah restoran yang sengaja mengenakan bayaran yang lebih.
Produk lain yang dianggap mahal di Paris adalah pakaian dan hiburan. Hanya harga alkohol dan tembakau sahaja berbaloi untuk dibeli, berbanding bandar Eropah lain.
Kos di Paris ketika ini 7% lebih mahal daripada di New York. Dalam masa 5 tahun ini sahaja kosnya meningkat sebanyak 50%.
4. Jurang bahasa
Paris adalah salah satu bandar di dunia yang sangat sukar untuk berkomunikasi, jika anda tidak boleh bertutur dalam bahasa tempatan.
Malah, bahasa Inggeris yang digunapakai hampir di seluruh dunia, hampir tidak digunakan di Perancis.
Agak ironi kerana Perancis merupakan negara jiran United Kingdom, yang menggunakan bahasa Inggeris. 90% daripada penduduk tempatan boleh dikatakan tidak mahu bertutur dalam bahasa Inggeris dan kebanyakan papan tanda adalah dalam bahasa Perancis.
Ini menyukarkan pelancong untuk bergerak. Selain itu, penduduk tempatan juga seolah-olah tidak mahu melayan anda jika anda berbahasa selain daripada bahasa Perancis.
Penulis pernah bertanya arah kepada penduduk tempatan dalam bahasa Inggeris namun tidak diendahkannya.
3. Peminta sedekah
Jika anda rasa di Malaysia sudah banyak peminta sedekah dan scammer, think again. Di Perancis, ia menjadi perkara biasa.
Jika anda bersiar-siar di Paris, pasti anda akan disapa oleh peminta sedekah, yang berpakaian dan bertudung seperti orang Islam, meminta sedekah.
Namun, hampir kesemua daripada mereka sebenarnya bukanlah orang Islam.
Menurut penduduk tempatan, mereka adalah pelarian Romania, yang berpakaian sedemikian bagi meminta sedekah, mengambil kesempatan terhadap krisis kemanusiaan yang melanda negara-negara Islam.
2. Penyeluk saku dan scammer
Ini yang paling bahaya dan berleluasa. Bagi yang ingin melawat Paris, pastikan anda berjaga-jaga dengan penyeluk saku.
Jika anda boleh untuk tidak melayani peminta sedekah dan scammer, namun anda sukar untuk menghindarkan diri daripada menjadi perhatian penyeluk saku.
Bandar Paris sangat terkenal dengan penyeluk saku yang boleh dianugerahkan sebagai penyeluk saku paling hebat di dunia.
Jika anda rasa anda sudah menyimpan barangan dengan baik dan rapi, mereka masih boleh mencuri menggunakan pelbagai teknik.
Rakan penulis yang merupakan penduduk tempatan menasihati supaya menyimpan dompet, telefon pintar dan passport di bahagian dalam jaket, walaupun ia adalah selamat jika menyimpannya di dalam poket hadapan.
Selain itu, terdapat penipu yang datang membawa sekeping kertas kepada anda dan memohon tandatangan, dan meminta wang. Perkara ini sangat mengjengkelkan dan membuatkan anda berasa tidak seronok kerana terlalu berjaga-jaga.
1. Paris syndrome
Sindrom Paris adalah gejala psikologi gangguan jiwa sementara, yang berlaku kepada individu yang melawat Paris dan mendapati bahawa ianya tidak seperti yang dibayangkan.
Sindrom ini dikategorikan oleh beberapa tanda-tanda seperti delusi, halusinasi, perasaan dianiayai (mangsa prasangka), cemas, pening dan muntah. Ia dilihatkan sebagai satu bentuk kejutan budaya yang dahsyat.
Ia biasanya berlaku terhadap pelancong Jepun kerana pengaruh Paris di Jepun sangat kuat.
Dan ia bukan sahaja berlaku kepada rakyat Jepun, tetapi Malaysia juga.
Kesesakan dengan pelancong juga membuatkan ia menjadi tidak selesa untuk bersiar-siar, apatah mengambil gambar. Boleh dikatakan setiap masa tempat-tempat ini dipenuhi dengan pelancong.
Bandar yang digambarkan sebagai romantik oleh media ini seolah-olah tiada apa-apa sehinggakan Menara Eiffel dilihatkan sebagai satu tugu besi sahaja.
P/s : Adakah anda setuju? Bagi yang pernah melawat Paris, apa yang membuatkan anda tidak seronok melawat kota ini?