Oleh pada 16 May 2017 kategori

Pada setiap empat tahun, kita akan menambah satu hari pada kalendar iaitu pada 29 Februari, yang juga dikenali sebagai tahun lompat. Secara ringkasnya, ia merupakan tambahan 24 jam ke dalam kalendar untuk memastikan bahawa ia kekal seiring dengan pergerakan bumi mengelilingi Matahari.

Kalendar moden mengandungi 365 hari, dan masa sebenar yang diperlukan untuk Bumi mengorbit matahari adalah sedikit lebih lama iaitu lebih kurang 365.24 hari. Perbezaannya mungkin kelihatan sedikit, namun, setelah beberapa abad dan kurun, sekiranya jumpah 1 per empat hari itu ditambah, sudah tentu masa yang telah terbuang itu sngat banyak. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

february 29

Untuk memastikan keselarasan dengan tahun astronomi yang benar, ia adalah satu kepentingan untuk menambah 1 hari atau 24 jam setiap 4 tahun yang digelar tahun lompat.

Orang Mesir merupakan antara yang pertama menyedari tentang kepentingan tahun lompat. Namun, perkara ini tidak sampai ke pengetahuan penduduk Eropah sehinggalah ketika zaman pemerintahan Raja Rom Julius Caesar.

calendar

Akhirnya, pada 46 SM, Caesar dan ahli astronomi Sosigenes merombak kalendar Rom untuk memasukkan 12 bulan dan 365 hari. Mereka juga telah menambah 1 hari lebih pada setiap 4 tahun yang dijadikan tahun lompat.

Sumber rujukan :

History




Hakcipta iluminasi.com (2017)