Oleh pada 21 Feb 2023 kategori

Dengan meningkatnya penggunaan media sosial sebagai platform penyampaian informasi, kita turut menyaksikan berita berkenaan kecurangan di kalangan pasangan semakin kerap dikongsikan. 

Berita sensasi sebegini mengakibatkan kita terfikir adakah benar kadar kecurangan semakin meningkat atau ini satu propaganda yang diperbesarkan, akibat populariti media sosial? 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Adakah faktor mudahnya komunikasi berlaku di antara individu luar lingkungan kenalan menjadi punca masalah perselingkuhan kerap berlaku? 

Kenapa kes curang semakin kerap berlaku dan apakah faktor yang menyumbang kepadanya? Jom kita pelajari topik ini.

Siapa lebih curang, lelaki atau wanita? 

tanda isteri curang 1

Seandainya kita nilai sentimen masyarakat, automatik majoriti mengatakan lebih ramai lelaki berlaku curang terhadap pasangan jika dibandingkan dengan kaum perempuan. 

Dalam satu aspek pendapat ini memang ada asasnya.

Kecurangan adalah punca kedua yang membawa kepada keruntuhan rumahtangga untuk setiap jantina; ketiadaan persefahaman menjadi punca utama. 

Namun statistiknya menampakkan keseimbangan yang penulis tak jangkakan bila kita membicarakan tentang angka kejadian curang;

11.8% suami memohon perpisahan kerana isteri mereka curang sementara 20.5% perempuan menggunakan alasan sama menuntut diceraikan. Jurangnya tak sebesar mana kan?

Mungkin ada akan mengatakan banyak perempuan memilih mendiamkan diri tentang kecurangan suami sendiri.

Tidak dapat dinafikan situasi sebegitu memang berlaku tetapi kita harus juga terima secara statistiknya, itulah angkanya.

Sesuatu yang agak membuka mata penulis - hanya 2.8% kaum isteri di negara kita mahu diceraikan kerana enggan bermadu.

Ini menunjukkan, daripada anda sebagai suami berlaku curang, wanita tampak lebih terbuka menerima suami kahwin dua. Hahaha.

Faktor-faktor yang membawa kepada kecurangan

artis dituduh curang dalam media sosial

Satu perkara menakutkan diceritakan perunding psikologi keluarga dan guaman syarie, Puan Suzana Ghazali adalah statistik yang diperoleh berdasarkan sesi kaunseling yang telah beliau jalankan. 

Menurut beliau, daripada 10 kes kecurangan melibatkan kaum isteri, 9 daripadanya berlaku di antara wanita itu dengan lelaki berstatus suami orang.

Apabila diajukan sebab kenapa keterlanjuran berlaku, majoriti wanita terlibat menyalahkan suami sebagai punca, gagal melaksanakan tanggungjawab sendiri.

Statistik ini walaupun tidaklah boleh dikira rasmi dek jumlah responden yang terlalu kecil, agak mengejutkan kerana mencabar persepsi yang sering digembar-gemburkan masyarakat.

Kita biasa mendengar kaum suami curang dengan wanita bujang sebagai kisah standard, tetapi siapa sangka wanita berkahwin lebih gemar curang dengan lelaki berkahwin?

Menakutkan bukan?

Mari kita bincangkan pula sebab-musabab kenapa lelaki atau wanita mampu berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.

Adakah trend kecurangan meningkat?

pasangan curang ketika mengandung

Anda ingin tahu adakah kes curang semakin menjadi-jadi di negara kita? Ya, angkanya meningkat mendadak. 

Menurut Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh, angka pasangan berlaku curang meningkat sehingga 30 ke 40% jika dibandingkan dengan 1 dekad dahulu. 

Menurut beliau, majoriti kes curang terkini yang beliau tangani mempunyai satu persamaan ketara; pengaruh media sosial sebagai 'orang tengah'.

Media sosial baik melalui Whatsapp dan Facebook memberikan individu dalam rumahtangga bermasalah, ruang yang lebih terbuka dalam mendapatkan platform mengisi kekosongan di hati mereka.

Pendapat ini disokong Ketua Hakim Mahkamah Syariah Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd.

Beliau menyifatkan penggunaan media sosial tanpa kawalan di antara suami dan isteri, bukan saja mampu mengisi kesunyian individu bahkan bertanggungjawab menimbulkan syak wasangka di antara pasangan, yang membawa kepada masalah lebih besar.

Sebagai contoh semakin ramai individu berstatus suami atau isteri gemar membandingkan hubungan sendiri dengan pasangan lain, yang dapat mereka saksikan dalam perkongsian media sosial.

Perbandingan yang dibuat walaupun kelihatan seakan gurauan, sebenarnya mempunyai implikasi besar terhadap pemikiran dan tahap kepercayaan di antara pasangan.

Sehinggakan ada individu tidak lagi realistik dalam menuntut hak dalam rumahtangga, menjurus kepada kecenderungan untuk curang selepas dinafikan permintaan oleh pasangan yang sah.

Trend perbandingan pasangan membawa kepada imaginasi liar

media sosial pertandingan populariti

Tak kiralah anda suami atau isteri, pasti anda pernah rasa tercabar melihat perkongsian pasangan lain di media sosial.

Jika anda positif, pasti anda akan menjadikannya inspirasi memperbaiki hubungan. 

Namun kebanyakan kes curang yang semakin kerap berlaku didakwa berpunca daripada sikap suka membanding yang wujud akibat terpengaruh dengan media sosial.  

Rasa sedih tidak dilayan seperti Raja atau Permaisuri membawa kepada rasa tekilan.

Dalam peringkat ini, individu yang sudah berumahtangga akan mula tercari solusi dan pencarian mereka terjawab dengan kehadiran orang ketiga.

Bermula dengan hubungan sebagai rakan sepejabat atau kenalan di media sosial, akhirnya bertukar menjadi orang yang dipercayai kerana sanggup mendengar permasalahan rumah tangga.

Bila dah percaya, akhirnya batas yang ada musnah kerana merasakan orang lain adalah ubat yang mampu mengubati duka lara. Nak curang dengan individu tak kita kenali pun mudah zaman sekarang.

Kita hanya perlu memberanikan diri menghantar mesej peribadi, bagi memulakan bicara. Gambar profil dah ada, hobi, kegemaran, kemahiran semua dah dikongsi kepada dunia maya.

Tinggal nak ajak berjumpa saja bila rasa percaya dah bertukar menjadi mesra.

Bila tertangkap, mulalah disalahkan pasangan sendiri yang sah dan halal kerana gagal memenuhi kesunyian dan keperluan berteman yang dirasai setiap hari.

Sedangkan realitinya, kalau kita tak benarkan sesuatu berlaku, takkan jadi kelaku buruk itu.

Rujukan

Persepsi Terhadap Faktor Pencetus Kecurangan Pasangan Dalam Kalangan Wanita




Hakcipta iluminasi.com (2017)