Pasangan ini telah berjumpa sebelum Perang Dunia Kedua lagi dan bersama-sama berkhidmat untuk negara semasa peperangan itu. Setelah tujuh dekad berkahwin dan menghabiskan masa bersama, mereka berbaring untuk tidur sekejap bersebelahan sebelum menghembuskan nafas terakhir pada hari yang sama.
Isabell Whitney dan Prebel Staver jatuh cinta pada pandangan pertama ketika bertemu dalam satu 'blind date' di Philadelphia. Namun, mereka terpaksa menghentikan sebentar perhubungan apabila Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia Kedua. Isabell telah menyertai pasukan jururawat tentera laut yang berpangkalan di Maryland manakala Preble pula berkhidmat sebagai seorang Tentera Marin. Lima bulan selepas tamatnya peperangan, mereka terus ke jinjang pelamin pada 15 Feb 1946.
BESARKAN TEKS A- A+
Pasangan ini dikurniakan lima orang anak sepanjang tempoh perkahwinan. Salah seorang anak mereka, Laurie Staver Clinton memberitahu majalah PEOPLE, "Mereka adalah orang yang sangat hebat. Ibu sering berpesan bahawa kita tidak boleh mengubah seseorang tetapi kita boleh mengubah sikap kita terhadap mereka. Ayah saya adalah seorang yang agak sukar untuk diuruskan!"
Pada tahun 2013, pasangan ini berpindah dan tinggal di sebuah pusat jagaan di Norfolk selepas Isabell mula menunjukkan tanda-tanda demensia. Preble sangat kecewa melihat keadaan demensia isterinya yang semakin teruk, sehingga bilik mereka terpaksa diasingkan.
Walaupun demensia Isabell semakin kronik, dia tetap mengingati suaminya yang dicintai. Menurut Laurie, mereka perlu sentiasa meminta Isabell untuk fokus dan melihat. Namun, setiap kali Isabell melihat dan tahu itu adalah suaminya, dia akan terus tersenyum.
Semasa usia Preble hampir mencecah 96 tahun, dia memberitahu anaknya yang dia mahu berkongsi katil untuk tidur sejenak bersama Isabell. Jadi, para pekerja membuat persiapan dan menguruskan agar permintaan Preble dipenuhi.
Apabila pekerja menolak kerusi roda Isabell masuk ke dalam bilik, Isabell menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada Preble. Pasangan itu kemudian berbaring di samping satu sama lain selama tiga jam tanpa mengucapkan walau sepatah kata. Mereka hanya berpegangan tangan dengan erat sehingga tertidur. Preble berasa sangat gembira kerana itu merupakan hadiah hari lahir paling bermakna daripada Isabell.
Beberapa hari selepas itu, Laurie dimaklumkan yang dia perlu mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya. Laurie turut membawa ayahnya berjumpa ibu untuk memberikan kata-kata terakhir mereka.
Preble hanya memegang tangan Isabell. Laurie bertanya pada ayahnya sama ada dia mahu ditinggalkan di situ selepas berdoa, namun dia menggelengkan kepala. Laurie memberitahu ayahnya, jika dia tidak mahu menghabiskan masa di situ, dia perlu melepaskan tangan ibu. Preble menitiskan air mata dan dibawa pergi.
Isabell menghembuskan nafas tidak lama selepas itu. 14 jam kemudian, Preble turut sama menutup mata buat selama-lamanya.
Pasangan yang sangat sweet ini dilahirkan dengan beza hanya 14 hari pada tahun yang sama dan meninggal 14 jam perbezaan pada hari yang sama.
Preble dan Isabel bersama-sama mengharungi 70 tahun usia perkahwinan dengan penuh komitmen. Tidak kira apabila hidup menjadi sukar ataupun menemui apa-apa halangan dan onak duri, mereka tetap tempuhi bersama sehingga ke akhir hayat.
Mungkin inilah erti sebenar setia hingga hujung nyawa. #relationshipgoals
Sumber:
2. PEOPLE