Oleh pada 27 Jul 2018 kategori

gambar ryan bakery sekadar hiasan

Selain daripada pasangan yang mendakwa mereka jatuh cinta pada pandangan pertama sebagai sebab mereka berpasangan, pertemuan pertama dengan seseorang boleh menentukan keseluruhan cerita yang bakal mendatang.

Malah, ia boleh menentukan sama ada anda akan bertemu sekali lagi atau tidak. Wanita mempunyai pemikiran yang sangat tajam dan peka terhadap lelaki yang mereka temui atau keluar bersama.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin kongsikan 7 perkara diputuskan wanita tentang lelaki serta merta ketika pertemuan pertama.

1. Jika mereka mahu "friendzone" anda

wanita friendzone lelaki 719

Menurut satu kajian oleh aplikasi Badoo terhadap lebih daripada 2,000 wanita bujang berusia 13 hingga 30 tahun, wanita hanya mengambil masa hanya 3 minit untuk memutuskan sama ada mereka berminat untuk dating dengan seseorang lelaki itu, atau hanya menjadi kawan biasa.

Walaupun terdapat kebenaran dalam kajian ini, namun pandangan yang lebih tepat tentang perkara ini adalah wanita boleh menentukan dalam masa 3 minit sama ada seseorang lelaki itu tergolong dalam "zon rakan" (friendzone), ataupun sebaliknya.

Apabila dua orang bersemuka, keputusan serta-merta dibuat berdasarkan penampilan.

Pada mulanya ia mungkin kelihatan agak cetek, namun wanita cenderung membuat keputusan tentang lelaki melalui cara mereka mempamerkan diri dan bukannya wajah yang tampan atau badan berotot.

2. Jika anda menjaga kebersihan dan penampilan

wanita sukakan lelaki menjaga penampilan diri

Bagi wanita, lelaki itu tak perlu sekacak atau sekemas supermodel, namun anda perlu berusaha dalam menonjolkan penampilan yang kemas dan menarik.

Apa yang penting bagi wanita adalah cara seseorang lelaki itu mempersembahan dirinya.

Walaupun tarikan terhadap lelaki itu boleh terbina dari masa ke masa, namun dalam kebanyakan kes, wanita tahu sama ada mereka tertarik kepada seseorang dalam tempoh seminit takpun beberapa saat sahaja.

Tak ada petunjuk yang lebih jelas dan pantas kepada wanita bahawa anda seorang yang tak menjaga kebersihan dengan rambut yang tak terurus dan pakaian yang tak kemas.

Jika anda berbau wangi, ia sangat memberikan kelebihan kerana bau atau aroma adalah afrodisiak yang sangat kuat.

3. Sama ada anda mempunyai ciri-ciri bertentangan

fazura dan fattah amin pasangan sepadan

Menurut kaunselor hubungan, Christina Fraser, kualiti yang paling biasa dilihat terhadap individu yang bakal menjadi pasangan mereka adalah sesuatu yang belum ada dalam hidup mereka.

Dengan kata mudah, apa yang dicari dalam diri orang lain adalah kualiti yang belum dimiliki diri sendiri.

Anda akan kerap melihat seseorang yang wanita petah bercakap dan pandai bersosial mempunyai pasangan yang lebih senyap dan tertumpu.

Dan ini disebabkan oleh ia perkara yang tidak ada pada dirinya dan apa yang diperlukannya.

Untuk mengatakan perkara yang bertentangan menarik satu sama lain adalah dakwaan yang terlalu mudah namun itulah yang kerap berlaku.

4. Sama ada anda sesuai dengan masa depan mereka

wanita fikirkan masa hadapan dengan pasangan lebih awal

Selepas pertemuan pertama, wanita akan membuat keputusan mengenai lelaki berdasarkan enam soalan penting ini:

  1. Adakah dia akan mendahulukan saya atau dia seorang yang pentingkan diri sendiri?
  2. Adakah dia bersedia untuk menjalinkan hubungan atau tak bersedia dari segi emosi?
  3. Adakah dia seorang yang takutkan komitmen?
  4. Adakaah dia seorang yang boleh mengalah atau suka memaksa?
  5. Adakah dia akan menjadi proaktif atau malas?
  6. Adakah dia akan menghormati saya?

5. Sama ada anda mempunyai personaliti menarik

lelaki berpersonaliti menarik menjadi tarikan kepada wanita

Walaupun segala dalam senarai ini amat penting bagi wanita, namun akhirnya personaliti adalah perkara yang menentukan segalanya.

Jika seseorang lelaki itu dilihatkan seperti terlalu yaking dengan diri sendiri atau terlalu bergantung kepada pasangan, walaupun dia mempunyai segalanya seperti rupa paras dan kerjaya, wanita akan memutuskan bahawa dia tidak berbaloi untuk masa dan usaha mereka.

6. Sama ada mereka boleh percayakan anda

wanita tertarik kepada lelaki yang dipercayai

Menurut Dr. Becky dari We-Vibe, wanita cenderung untuk mempunyai naluri dalaman mengenai sama ada mereka akan selamat dengan seseorang lelaki itu.

Sama ada secara sedar atau tidak, sebaik sahaja wanita bertemu dengan kebanyakan lelaki, mereka akan menilai tingkahlaku lelaki untuk menentukan sama ada dia boleh dipercayai atau tidak.

7. Kebijaksanaan anda

wanita tertarik kepada lelaki yang bijak

Perkara pertama yang disedari wanita terhadap seorang lelaki adalah sama ada mereka selamat, konfiden, mempunyai sifat kelakar dan yang paling penting adalah betapa bijaknya anda serta mampu untuk meneruskan atau mencetuskan perbualan.

Ini adalah kerana wanita sangat tertarik dengan stimulasi minda seperti perbualan intelektual. Mereka mahu mengetahui dan mendengar pendapat lelaki mengenai perkara yang penting dan begitu juga mereka ingin lelaki untuk mendengar pendapat mereka.

Rujukan:

Perkara yang wanita perasan

Pemikiran serta merta wanita

Tanda-tanda boyfriend material




Hakcipta iluminasi.com (2017)