Apakah yang dimaksudkan dengan "lucid dreaming" ini?

Anda berada di suatu tempat yang asing, tiba-tiba muncul orang yang anda kenal. Perasaan ini membuatkan anda berasa pelik dan janggal. Ketika itulah anda sedar bahawa anda sedang bermimpi. Jangan khuatir, fenomena anda menyedari sedang bermimpi ini sebenarnya adalah perkara biasa yang dipanggil 'lucid dreaming' atau mimpi sedar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perkataan 'lucid' ini bermaksud 'jelas'. Namun begitu, 'lucid dreaming' ini lebih dari sekadar mengalami mimpi yang jelas. Untuk mempunyai 'lucid dream', anda perlu menyedari bahawa ia adalah sebuah mimpi ketika anda sedang benar-benar bermimpi.

lucid dream

Ramai orang tertarik dengan 'lucid dreaming' ini adalah kerana mereka boleh melakukan apa yang mustahil dilakukan di dunia realiti seperti memakan api atau terbang ke arah matahari.

Namun, semakin ramai mereka yang berpengalaman dalam hal ini menyedari faedah dari mimpi sedar ini. Mereka menggunakannya untuk menjelajah lebih jauh lagi had dan kemampuan diri.

Kajian saintifik berkaitan kawalan mimpi

kajian lucid dream

Pada tahun 1968, seorang penyelidik bernama Celia Green telah menganalisis perkara ini dan mendapati mimpi sedar ini sebenarnya berlainan dari mimpi biasa dan ia berkait dengan tidur REM (rapid eye movement). Manusia mempunyai 4 peringkat tidur iaitu tidur yang tidak lena, tidur biasa, tidur nyenyak dan tidur REM.

Di dalam peringkat tidur REM, denyutan jantung, pernafasan dan pergerakan bola mata menjadi lebih cepat. Pada peringkat ini jugalah kita bermimipi dan berkemungkinan terjadinya mimpi sedar. Tidak seperti mimpi biasa, mimpi sedar ini kita boleh mengawal dan melakukan apa sahaja yang kita ingini.

Kesimpulan seorang pengkaji bernama Keith Hearn telah disahkan oleh seorang ahli psikologi Amerika iaitu Stephen LaBerge, yang mengatakan mereka yang bermimpi sedar ini boleh memberi isyarat menggunakan pergerakan mata ketika berada di dalam tidur.

Kesan sedar dalam mimpi kepada kesihatan

lucid dreaming

Walaupun terdapat banyak teori mengatakan mimpi sedar ini mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kelumpuhan dalam tidur, mengalami mimpi buruk yang lebih teruk atau tidak dapat membezakan antara mimpi dan realiti.

Namun, keadaan ini terjadi apabila tiada persediaan yang cukup untuk melakukan mimpi sedar ini. Ia sebenarnya sangat selamat. Kelumpuhan dalam tidur adalah perkara biasa apabila seseorang itu memasuki peringkat tidur REM.

Terdapat pakar terapi yang menggunakan kaedah mimpi sedar ini ke atas pesakit untuk mengatasi trauma, meningkatkan kepercayaan diri, mengenali potensi diri dan pelbagai faedah lain.

Anda boleh berlatih untuk mengalami mimpi sedar

mimpi sedar 2

Walaupun dalam kebanyakan kes mimpi sedar ini terjadi tanpa disengajakan, para pengkaji telah menemui beberapa teknik untuk memicu mimpi sedar. Salah satunya ialah membuat persediaan sebelum anda tidur seperti memikirkan apa yang anda mahu mimpikan, tempat manakah yang anda ingin pergi atau masalah apa yang ingin anda selesaikan.

Anda juga harus memberi tumpuan kepada perincian mimpi anda itu. Apabila terdapat sesuatu yang tidak kena, itu akan menjadi bayangan bahawa anda sedang bermimpi. Selagi anda tidak menyedari anda sedang bermimpi kemungkinan untuk mengawal mimpi itu adalah sangat tipis.

mimpi sedar berkumpulan

Proses ini disebut sebagai prediterminasi dan harus dilatih berulang kali dalam jangka masa panjang. Anda juga boleh menulis jurnal mimpi selepas sahaja anda bangun dan simpan berdekatan tempat anda tidur agar mudah mengingati apa yang anda mimpikan. Anda juga perlu mengingatkan diri anda bahawa anda akan sedar ini adalah satu mimpi setiap kali sebelum tidur.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)