Setiap kali penulis diserang demam panas, khususnya ketika musim panas yang sedang melanda negara kita - ada dua perkara yang penulis cukup bimbangkan.

Pertama adalah rasa tak sedap badan sekejap panas, sekejap sejuk yang akan melanda penulis. Kedua dan paling ditakuti penulis, adalah igauan dan mimpi ngeri yang akan hadir menjelma tatkala penulis mahu berehat melelapkan mata.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Demam tinggi sering disertai mimpi ngeri oleh seseorang. Bagaimanapun, harus kami perjelaskan perkara ini normal danboleh diperjelaskan disebabkan beberapa faktor berkait.

Kenapa anda akan mengalami mimpi ngeri berlaku ketika demam panas tahap suhu tinggi?

Kualiti tidur yang menurun

kualiti tidur tidak sihat

Ketika anda demam panas, anda akan berdepan masalah kualiti tidur yang terganggu.

Suhu badan tinggi menyebabkan rasa ketidakselesaan menyebabkan tidur anda mudah terjaga. Akibat gangguan yang wujud, corak tidur anda juga akan berubah. Fasa tidur yang terjejas teruk adalah fasa tidur REM Sleep atau rapid eye movement sleep, di mana berlaku mimpi.

Apabila tidur kita tidak stabil, kemungkinan untuk kita mampu mengingati mimpi yang dialami semasa tidur tersebut menjadi lebih tinggi akibat otak yang tidak dapat berehat sepenuhnya.

Situasi itu menyebabkan kita lebih mudah mengingati mimpi ngeri yang berlaku semasa demam panas.

Aktiviti otak yang lebih pesat

otak tak rehat semasa tidur

Apabila seseorang mengalami demam panas, aktiviti otaknya meningkat.

Penyebab utama berlakunya peningkatan aktiviti otak ini berkait dengan perubahan hormon serta reaksi tubuh terhadap jangkitan atau penyakit.

Aktiviti otak yang meningkat akan memberi kesan kepada kandungan mimpi kita. Mimpi kita mampu dirasakan lebih hidup, lebih dekat dunia nyata sehingga mengganggu psikologi kita.

Kesemua ketidakseimbangan ini menjadi faktor utama kenapa kita yang sedang sakit, lebih mudah mengalami mimpi yang menakutkan atau ngeri.

Pengaruh ubat yang diambil

ubat antipyratic demam panas

Ketika demam panas, seseorang perlu mengambil ubat-ubatan untuk mengurangkan gejala sakit dan suhu badan.

Beberapa ubat dalam kategori antipyretic yang biasa digunakan oleh kita untuk mengawal suhu badan ketika demam panas, memang sudah diketahui akan mempengaruhi sistem saraf pusat kita.

Sistem saraf pusat yang terjejas akan memberi kesan kepada fasa tidur seterusnya menyumbang kepada mimpi yang ngeri dan tidak menyenangkan, dipenuhi imej-imej menakutkan.

Ketidakselesaan fizikal

demam beri kesan kepada mimpi

Walaupun sungguh kurang menyelesakan, demam panas harus diakui adalah tanda bahawa tubuh kita sedang berjuang melawan jangkitan atau penyakit.

Ketika kita mengalami demam, tubuh kita merasakan ketidakselesaan secara fizikal pada tubuh seperti sakit kepala, keletihan atau ketegangan otot. Ketidakselesaan fizikal yang berlaku ini boleh menyebabkan tekanan dan ketegangan mental.

Dalam masa kita sedang tertekan dengan keadaan kesihatan kita, kesan ini akan memberi kesan besar kepada psikologi kita seterusnya dapat mempengaruhi mimpi yang akan kita alami.

Mimpi ngeri dikatakan lebih mudah muncul pada individu yang dalam keadaan kegelisahan atau ketakutan, semasa demam panas.

Kesimpulannya

mimpi ngeri menakutkan ketika demam

Demam panas secara saintifik memang dikaitkan sebagai salah satu yang merangsang seseorang mengalami pengalaman mimpi ngeri dengan lebih pesat.

Bagaimanapun, bukan semua orang akan mengalami situasi sama seperti ini. Jika anda duduk dalam mereka yang terkecuali, tahniahlah. Tahap seram mimpi masa demam panas jauh lebih menakutkan berbanding mimpi ngeri biasa. Itu yang biasa penulis alamilah.

Setakat ini dah banyak kali penulis jatuh gaung, berlanggar dengan kenderaan dari arah depan, dikejar haiwan buas, diekori makhluk menakutkan - semua visual yang sepatutnya ilusi rasa real betul masa demam.

Anda pun berdepan masalah sama seperti penulis? Kami sengaja tulis artikel ini untuk memberitahu anda, apa yang anda saksikan itu adalah normal. Walaupun mungkin apa yang menghantui anda itu adalah sesuatu yang paranormal.

Pastikan bila bangun tidur, terus cuci muka. Sahihkan dulu anda berada di dunia nyata atau masih lagi dalam khayalan ngeri yang menghantui demam panas anda.




Hakcipta iluminasi.com (2017)