Penulisan ini ditulis Dr. Rusyainie Ramli, seorang pegawai perubatan, di laman twitternya dan pihak iluminasi mendapat kebenaran untuk mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama.

Penulisan ini telah disunting bagi memudahkan pembacaan.

Ketika ini, penjualan jamu amatlah berleluasa dibantu dengan platform laman sosial seperti Facebook dan Instagram. Penggunaan jamu dikatakan menjadi tradisi turun temurun yang didakwa mempunyai pelbagai khasiat kesihatan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, jamu yang dihasilkan pada hari ini seolah-olah "too good to be true". Ini disebabkan oleh dakwaan sesetengah pengeluar produk yang mengatakan jamu mereka boleh memperelokkan bahagian tubuh badan, mencegah dan merawat penyakit.

Dakwaan ini amatlah tidak bertanggungjawab dan dibuat semata-mata untuk melarikan jualan. Berikut adalah kenyataan oleh Dr. Rusyainie Ramli yang sudah berkali-kali menasihati orang ramai:

JAMU tidak pernah terbukti berkesan untuk rawat apa juga yang sakit.

Nak baiki yang rosak, nak kekal apa yang ada pun tak boleh. 

Tak akan buat payudara tegang.

Tak akan buat faraj ketat.

Tak akan bagi punggung montok.

Tak akan bagi pinggang ramping.

tiada bukti jamu boleh bantu kesihatan dalaman

Tak akan pulih 'dalaman' dalam pantang. Saya pun tak tahu apa maksud 'organ dalaman'.

Bila saya tanya, cara penyokong atau pengeluar jamu jawab, memang nampak bahawa mereka dangkal ilmu asas anatomi dan fisiologi manusia.

Jangan cakap bab patofisiologi, ke laut la jawabnya. Bayangkan, mereka ini langsung tak boleh nak membeza antara sistem penghadaman dan sistem pembiakan. Macam-macam teori merapu mereka.

Tak akan bagi rahim elok. Pengeluar jamu ni, rahim pun tak pernah tengok, apatah lagi pegang. Lagi mahu sembang.

jamu tak pernah terbukti berkesan untuk rawat apa jenis penyakit

Tak akan ikat suami yang matanya keranjang.

Tak akan boleh guna untuk rancang keluarga.

Tak akan buat awet muda.

Tak akan bagi kurus dan hilang berat badan.

Tak akan bakar lemak.

Tak akan tambah kadar metabolisma.

Tak akan tambah susu badan.

Tak akan bagi kulit cantik.

Tak akan rawat masalah haid.

Tak akan rawat mandul.

Tak akan halang tombong.

Tak akan kasi tambah nafsu syahwat.

Tak akan cegah, apatah rawat kanser.

TAK AKAN.

TAK AKAN.

TAK AKAN.

uqasha senrose gadis melayu terakhir

Masa mengandung? Tak perlu.

Lepas bersalin? Tak payah.

Lepas keguguran? Pun tak usah.

Berapa kali nak cakap benda sama?

JAGA MAKAN DAN AMAL SENAMAN TU SEPANJANG HAYAT. Bukan tertakluk pada masa tertentu.

Jika mereka jujur dalam perniagaan mereka, lakukan dua perkara ini:

keberkesanan jamu diragui tanpa bukti saintifik

1. Bentangkan mekanisma bagaimana jamu dia boleh buat apa yang mereka kata tu.

Setakat cakap ilmu Allah itu luas, tu membongak namanya. Mereka ni jenis tunggang dan petik butang agama. Islam dah kena fitnah sebab mereka la.

2. Keluarkan kajian saintifik tahap 1.

Mesti meta analysis dan systemic literature review la. Tak main la setakat uji 1 herba, dekat tikus makmal atau sel dalam piring petri. Kita ni manusia yang kompleks.

Sudah. Tak usah tanya saya lagi boleh ke tak makan jamu.

Tak berdaftar dengan KKM? Tak risau ke ada bahan beracun? Hati jahanam, buah pinggang barai, gerenti ke pengeluar jamu nak ganti? Minum air bergelen pun takkan cuci buang segala benda kalian telan tu.

Berdaftar dengan KKM? Nak buat apa kalau tak ada bukti keberkesanannya? Buat apa ambil benda yang sia-sia?

jangan mudah tertipu dengan jamu

Sebab mak nenek makcik semua suruh? Bagi mereka soalan-soalan 1 dan 2 saya tu. Minta mereka jawab. Kalau tak ada fakta, maknanya mereka juga jenis mak turut. Kita dah pergi sekolah tinggi-tinggi, kenapa tak nak berfikiran kritis?

Saya menyampah baca tulisan pengeluar dan penjual jamu kat FB ni. Segala benda masuk dalam jamu tu. Asal boleh la.

Dengar saja 1 tumbuhan ni ada potensi untuk jadi ubat, terus dengan gopoh dan tamak masuk sekali.

Peduli apa proses kimia yang berlaku sebaliknya. Yang penting, netizen kena temberang, dan terpengaruh. Duit senang dapat kan. Elok sangat mereka jadi jutawan, kalian jadi tak keruan.

Kalian tahu ke tak, ada pengeluar jamu yang kalian agung-agungkan tu bayar ribuan RM untuk rawatan kecantikan sampai ke negara sebelah. Bukan sebab jamu dia tu.

jangan bazir wang beli jamu

Kalian la bagi duit kat mereka. Kalian tetap dok takuk lama tu, makan lah beratus botol jamu pun. Tak ada pun makin cantik, makin putih, makin montok, makin ketat. Tak ada pun. Tak rasa sedih ke kena diperbodohkan pengeluar jamu?

Kalian ni dah kenapa? Tak ada gigi, lidah, lelangit, bibir, gusi ke nak mengunyah makanan dalam keadaan asal? Nak telan terus sebab malas? Kalau Allah tarik nikmat boleh makan minum baru sedar agaknya.

Memang nama saya ni dibenci dan dikecam dek pengeluar dan penjual jamu. Yang berani, akan datang menentang saya di FB saya. Yang lain, akan membawang saya kat FB masing-masing.

Tapi hujungnya, fakta tak ada. Serangan peribadi tu pasti ada. Habis anak-anak dan suami saya jadi mangsa mereka. Ada di antara mereka yang doa kat Mekah supaya rumah tangga saya porak peranda.

Saya bagitahu benda yang benar sebenarnya dan betul sebetulnya. Allah tahu tu.

jangan jadi mangsa penipuan jamu

Berapa kerat saja yang membaca FB saya ni bergaji 5 angka sebulan? Saya pasti tak ramai.

Bayangkan, duit dalam poket tak berapa nak banyak, tapi beli jamu sampai ada harga beratus RM sebab kena gertak dek taktik hina dan kotor mereka, tak ke buang duit.

Macam ambil duit tu buang dalam longkang. Padahal, kalau guna duit tu beli makanan berkhasiat, 1 keluarga boleh nikmatinya.

Saya dah beritahu berpuluh-puluh kali benda sama. Bila nak sedar ni?




Hakcipta iluminasi.com (2017)