Kredit foto: astroawani.com / Shahir Omar
Penyanyi Nora meluahkan rasa sedihnya apabila terpaksa menyambut bulan Ramadhan pertama kali tanpa suaminya yang juga merupakan seorang komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi.
Sedar tidak sedar, sudah masuk tiga bulan Nora meneruskan kehidupannya sebagai ibu tunggal.
Semenjak itu juga, Nora kerapkali meluahkan perasaan yang penuh emosi dan kerinduan terhadap Allahyarham Johan menerusi akaun Instagram miliknya.
Semoga Nora cekal menghadapi dugaan berat ini dan dapat meneruskan kehidupan bagi membesarkan anak-anaknya yang tercinta.
Sumber: suria.my