Kredit foto: Youtube Bidadari Sutera

Pasangan pelakon dan penyanyi Izzue Islam dan isterinya, Awin masih belum berpeluang untuk menimang cahaya mata meskipun usia perkahwinan mereka sudah mencecah 4 tahun.

Baru-baru ini, Izzue telah membuat luahan perasaan di Instagramnya selain memohon maaf kepada isterinya itu disebabkan mereka masih tiada rezeki untuk bertiga bagi sambutan ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat.

Ya Allah, jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat & saling menyempurnakan dalam peribadatan. Jadikanlah kami pasangan yang akan bertemu di akhirat kelak.


Pasanganku mengajarkanku tentang akhlak dan keikhlasan. Pasanganku membantuku agar saling menjaga diri ketika berjauhan. Ya Allah, jadikanlah kami pasangan yang saling melengkapi dan saling menyempurnakan.


Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami. Agar kami senantiasa bahagia dalam menjalani bahtera kehidupan ini. Ya Allah, Andai semua itu tak layak bagi kami, maka cukupkanlah permohonan kami dengan redhoMu. Aminn.


Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke-4 @awinnurin. Maaf sebab tahun ni kita masih menyambutnya berdua. Belum rezeki kita untuk mendapat cahaya mata. Adapun begitu, pasti ada hikmah disebalik kejadian. Pinta doa dari semua kepada kami supaya ulangtahun ke-5 dapat menyambutnya bertiga. Aminn Ya Allah.


Terima Kasih Semua.

Sumber: Instagram.com/izzueislam

Ternyata, perkongsian tersebut mendapat perhatian para pengikutnya yang rata-rata terkesan selain berharap agar mereka berjaya mendapat zuriat dalam masa terdekat.

Bahkan, Izzue turut berkongsi perancangannya untuk berjumpa dengan doktor pakar bagi mencari punca masalah tersebut.

Ya, siapa yang tidak mahu rezeki cahaya mata tapi saya percaya dengan perancangan Allah. Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni.


Insya-Allah, suatu hari nanti. Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami.

Bagaimanapun, Izzue menjelaskan mereka berdua hidup bahagia dan tidak mempunyai apa-apa masalah dalam soal perkahwinan.

Menyentuh soal berkahwin pada usia muda apatah lagi di saat mengecapi populariti yang sedang memuncak, penyanyi kumpulan Forteen ini sama sekali tidak menyesali dengan keputusan yang dibuat.

Saya bahagia menjalani kehidupan sebagai suami-isteri. Empat tahun berlalu bagaikan baharu sahaja kami disatukan.


Keputusan saya untuk berkahwin awal juga tidak langsung menjejaskan kerjaya seni saya, malah diberi rezeki yang lebih banyak.


Sedangkan lidah kagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh-gaduh manja itu biasa sebab lepas gaduh kita pujuk memujuk.


Bagi kami saling faham dan percaya antara satu sama lain adalah perkara utama dalam rumah tangga.

Sumber: mStar Onlineberitamemey.blogspot.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)