Kredit foto: Facebook Danial Rayyan

Nedim Nazri yang merupakan suami kepada aktres Nora Danish, nyata tidak beromong kosong apabila tampil menunaikan janji untuk menanggung kos rawatan seorang bayi penghidap ekzema kronik.

Nedim membawa bayi itu ke sebuah pusat perubatan swasta semalam untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Berita itu dikongsikan oleh bapa bayi berkenaan iaitu Danial Rayyan dalam sebuah kiriman di akaun Facebook peribadinya.

suami nora danish tunaikan janji 2

Kredit foto: Facebook Danial Rayyan

“Terima kasih Boss Nedim dan Nora Danish sebab sudi bantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki kamu sekeluarga,” tulis Danial dalam entri yang disertakan dengan sekeping gambar keluarganya bersama Nedim.

Rata-rata netizen mengagumi usaha Nedim 'turun padang' untuk mengotakan janjinya, selain dalam masa sama mendoakan kesembuhan bayi dan kesejahteraan keluarga tersebut.

Terdahulu, Nedim mewar-warkan niatnya untuk membantu rawatan bayi tersebut dalam aspek kewangan, selepas berita penderitaannya tular di laman sosial.

Difahamkan, bukan sahaja kos rawatan, malah usahawan terkenal ini juga menampung perbelanjaan hotel dan pengangkutan kedua ibu bapa bayi berkenaan sepanjang kehadiran mereka di Kuala Lumpur.

Usaha Nedim sebelum ini mendapat bantuan orang ramai untuk menghubungi kedua ibu bapa bayi terbabit.




Hakcipta iluminasi.com (2017)