Oleh pada 26 Jan 2018 kategori

Sumber foto: frontdesk.com.my (Gambar sekadar hiasan)

Seorang buruh lelaki meninggal dunia diyakini akibat terkena renjatan elektrik telefon bimbit yang sedang dicas dengan wayar sambungan di Kampung Baru Nyalas, Jasin kelmarin.

Menerusi insiden sekitar pukul 11.30 malam tersebut, mangsa, Rosli Othman (35 tahun) yang tinggal di FELDA Bukit Senggeh, dijumpai dalam keadaan terlentang di sebuah bilik di kediaman sahabatnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu, insiden itu diketahui sahabatnya setelah ternampak mangsa terbaring dan tidak sedarkan diri.

Terdapat sebuah telefon bimbit, alat pengecas telefon dan wayar sambungan elektrik ditemui di bahagian tepi mangsa.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan awal terhadap mangsa tidak menjumpai kecederaan lain. 

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Daerah Jasin dan hasil laporan kematian disebabkan degupan jantung tidak stabil," ujarnya sewaktu dihubungi kelmarin.

Arshad memberitahu, pihak polis menyifatkan kes itu sebagai mati mengejut. Malah, siasatan juga tidak menemukan apa-apa maklumat akan terdapatnya unsur jenayah.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)