Oleh pada 20 Feb 2017 kategori

Baru-baru ini Malaysia gempar dengan berita sedih kematian 7 orang remaja yang berbasikal pada waktu malam dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu wanita berumur 22 tahun. Ada yang mengutuk dan mengeji keluarga mangsa kerana membiarkan anak mereka keluar berbasikal di waktu malam. Namun kita hanya tahu menuding jari tanpa menyelami perasaan dan pengetahuan keluarga si mati. Ini adalah respon kakak kepada mangsa kemalangan maut rempuhan basikal tempoh hari.

“Kalian carilah arwah di hari penghakiman kelak"

Luahan hati kakak mangsa yang maut dalam kejadian rempuhan remaja berbasikal. Baca lagi tulisan Puan Nurul Shahidah Abdullah:

As salam.. saya selaku kakak sulung kepada arwah Muhamad Firdaus Danish mewakili baba, ibu & adik beradik serta abang ipar kepada arwah ingin meminta andai ada kenalan arwah yang arwah pernah berhutng boleh la datang ke rumah waris arwah/pm teros fb kakak & Abang ipar arwah.

In sha ALLAH kami cuba selesaikan andai arwah ada terpinjam hak-hak kenalan arwah.. pada kenalan arwah juga mintak dihalalkan makan minom arwah dunia akhirat.kami dapat tahu dari kenalan arwah budak arwah selalu diminta betulkan/jual barang2 basikal arwah pada kawan-kawan arwah yang lain.

Ada yang arwah tolong tanpa diberikan upah, ada yang arwah jual barang basikal arwah tapi ada kawan-kawan yang membeli dari arwah belum bayar habis.. Mana2 kawan arwah yang berhutang duit, berhutang barang2 pada arwah dengan ikhlas hati kami sekeluarga halalkan..

gambar semua mangsa kemalangan basikal yang dirempuh kereta

Minat Arwah memang berbasikal

(Arwah memang banyak basikal, minat dia pada basikal memang tak boleh dinafikan, selalu mintak duit dari kami untuk beli keperluan basikal dia, sanggup kumpul duit nak beli barang2 basikal) Dan anggapla itu sedekah arwah kepada kalian semua.. Mohon maafkan arwah sekiranya ada bahasa yang kasar, kelakuan yang kurang mnyenangkan di mata dan hati kalian semua.

Terima kasih pada yang memberi kata2 semangat, terima kasih pada yang sama2 membantu urusan arwah.. tidak kurang jugak saya nak nyatakan di sini.. Sedikit terkilan dengan pandangan dan lontaran dari segelintir masyarakat kita yang masih rasa diri seperti TUHAN bila berkata, yang suka mnghentam buta bila menulis..

Sampai kan ada saya terbaca kata2 sinis kata2 yang betol2 menggoris hati kami ada yang cakap “malang betol mak ko penat-penat teran nak beranakkan ko, dah beso jadi anjing” ada lagi yang berbicara “ala budak-budak sampah masyarakat macam diaorang tu elok pun mampus berjemaah” ada lagi yang cakap “mak bapak sedap membuta pekak kan telinga anak merayap pun tak tahu” ada lagi yang cakap ” aku dulu mak bapak aku rembat guna batang penyapu, Abang aku bagi penampo dayak kalau berani merayap malam2 budak-budak sekarang mak bapak dijadikan hamba, cakap Abang kakak dibuang merata”..

ALLAHHURABBI.. hebatnya kalian berkata2 seolah kalian tidak ada keturunan 1 masa nanti..cuba kalian jelaskan pada saya hati ibu bapa mana yang tidak sedih mengenangkan pemergian anak yang dibelai dari kecik tapak tangan. hati adik beradik mana yang tak hancur melihat mayat saudara kandungnya sendri kaku di atas jalan raya?

Puas kami marah dan larang berbasikal waktu malam

Ya memang adik kami nakal, mungkin jugak jahat di pandangan mata kalian atau mgkin anak2 liar pada kalian.. tapi demi ALLAH bukan kami yang susun dan atur ketentuan yang maha esa.. Demi ALLAH, puas kami marah, puas kami membebel, puas kami naik tangan terkadang, puas kami halang, puas kami sita basikal. tapi apakan daya kami, kami dah buat yang terbaik untuk adik kami, tapi sedar tak kita yang aturan ALLAH lagi hebat?

Saya mohon hentikanlah hinaan cacian makian kalian kepada arwah dan waris2 arwah. Arwah pun dah pergi, dah tenang di sana, mungkin kepada waris2 kalian boleh mintak maaf, tapi hinaan kalian kepada arwah? Kalian carila arwah di hari penghakiman kelak.. tolong hentikan jugak sebarkan gambar-gambar kemalngan arwah yang meruntun hati kami.

Kepada pihak media kami mohon jangan ditokok tambah cerita yang betol hanya kerana nak mnyedapkan cerita.. Macam2 kenyataan kami baca banyak yang bercanggah.. dari saksi yang datang jumpa kami semua cakap “budak-budak basikal tu lepak rehat tepi jalan, ada yang tengah pomen basikal tiba2 kete datang rempuh teros”.

Kepada pihak PDRM jugak kami harap dapat la menyiasat kes ini dengan adil. Macam2 kenyataan yang dikeluarkan ..saya faham tugas Polis.. saya jugak pernah menabur bakti kepada pasukan polis 1 masa dulu dan saya jugak isteri kepada anggota polis..saya akur dan faham tugas polis..

Arwah sempat mengucap. Syukur ya Allah

Semalam selesai semua urusan, kawan-kawan arwah yang terselamat dari kemalangan yang ada bersama2 teman arwah ketika arwah nazak berkumpul di rumah. sayang nya mereka pada arwah, ada yang bemalam di rumah keluarga arwah.. Terima kasih sahabat2 arwah yang ada di sisi arwah ketika arwah sedang menghadapi sakaratul maut.

Sahabat arwah ada cakap “cik amat sempat mengucap dia ikot cakap kami suruh mngucap” syukur YA ALLAH.. dalam keadaannya macam tu arwah masih sempat mengucap kalimah agungmu. cuma arwah sempat cakap dengan sahabat arwah yang arwah “tak dapat nak salam tangan keluarga arwah”sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir. sahabat yang sama2 dengan arwah setiap masa bagitahu “amat selalu dia la yang paling kecoh, tapi hari tu dia senyap je, siap cakap sebelum nak kayuh basikal bertolak ke bandar baca doa dulu, sebelum ni tak pernah pun”… siap pesan pada sahabat baik dia ” ko tolong tengok-tengokkan family aku”.

Amat.. Tenang la disana adikku.. Walaupun cara pemergian mu membuatkan hati kami remuk, tapi kami redho dengan janji yang maha esa. Kami ikhlaskan pemergianmu kembli ke sisi yang maha Agung.. Tunggu la giliran kami jugak akan menyusulmu adikku..

Demi ALLAH, malam along termimpi kehadiran mu duduk bawah kaki along smbil cakap along, amat mintak maaf kalau amat ada melawan alang kadang2, amat dah tenang dekat sana along. Along kena jaga ibu & baba baik2..In SHA ALLAH dik..

Bederai air mata Along menaip setiap ape yang ingin disampaikan kepada mereka-mereka yang mencemuhmu adikku.. Bukan saya nak cakap adik saya baik, bukan saya nak bagitahu yang adik saya tak salah. tapi sebagai kakak, sebagai keluarga hati kami pedih dengan penghinaan kalian..

Ramai sayang kat kau, gilir-gilir diorang cium kau

Amat, masa jenazah kau sampai rumah, penuh orang tunggu kau. Ramai orang gilir2 cium ko buat kali terakhir, penuh dalam masjid sembahyangkan jenazah untuk kau.

Ramai makcik, pakcik, jiran2, mak2 bapak2 kawan kau datang cakap dekat along. Arwah baik along, rajin tolong orang, aktiviti dekat masjid, aktiviti dekat taman perumahan tak penah arwah tak ada.. Mesti ada..walaupun “awak nampak macam brutal, tapi dia hormat orang tua” ramai orang sayang kau amat.. Penuh orang dalam rumah, luar rumah, lorong-lorong taman, simpang2 taman datang tengok jenazah kau..tak kira tua, muda remaja, kanak2 semua menangis masa tengok kau kali terakhir.

Akhir kata, tolong berhenti kan ayat-ayat sadis netizen sekalian.. tolong hentikan penyebaran gambar-gambar kemalangan arwah, tolong hormati hati waris2 arwah. tolong berlaku adil dalam kes ini, tolong jangan buat kenyataan yang diubah suai menyedapkan story awak2..kami tak salahkan sesiapa.. Ini kententuan yang maha esa..

Tenang dan damai lah adik ku di sana, kau tinggalkan baba, ibu, Along, Angah, Ain, Awin, Aniq, Abg Asrul, Abg Ngah, Firas, Malik, Auni, Umar di dunia ini untuk sementara.. tapi kau tetap dalam ingatan dn doa kami selamanya.Along, Angah, Ain yang banyak jaga kau dari kecik smpai ko remaja sementara ibu da baba keje.. Kenangan kita akan selamanya jadi ingatan..




Hakcipta iluminasi.com (2017)