Lahir sebagai William Edward Sing kepada seorang bapa berbangsa Cina dan ibu berbangsa Inggeris pada tahun 1886, dia lebih dikenali sebagai Billy Sing dan dibesarkan di pedalaman Queensland, Australia bersama-sama dua adik perempuannya.

Disebabkan keluarganya sangat miskin, William tidak mempunyai masa lapang. Dia terpaksa bekerja keras sejak usia muda untuk membantu ibu bapanya memberi makan kepada 5 ahli keluarga mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Untuk mendapatkan wang, William akan menolong bercucuk tanam di kebun kecil keluarga mereka dan menjual hasil tanaman segar seperti sayuran dan susu kepada pelanggan. 

billy sing askar tentera sniper yang dilupakan

Ketika itu, pasangan berlainan kaum masih sesuatu yang luar biasa dan menyalahi undang-undang. Jadi, William berhadapan dengan prejudis kaum ketika membesar sebagai kanak-kanak campuran.

Sebagai seorang kanak-kanak yang membesar di hutan belantara Australia dalam keluarga miskin, William tidak asing dengan kerja buruh.

Selain daripada membantu keluarga bercucuk tanam, dia bekerja sebagai seorang pemotong rotan untuk mendapatkan wang.

Kemudian, William menyedari bahawa dia memiliki bakat menunggang kuda dan menembak.

Malah, kemahiran menembaknya begitu tajam sehingga abang iparnya, George Fry teringat dan memberitahu bahawa William mampu "menembak ekor babi sejauh 25 langkah."

Dia kemudiannya menjadi penembak kangaroo dan penembak sasaran berdaya saing.

berbakat secara semulajadi billy sing 622

Ketika Perang Dunia I tercetus pada tahun 1914, dilengkapi dengan mata seorang penembak dan tubuh yang kuat, William Billy Sing segera menyertai ke Pasukan Imperial Australia (AIF).

Ketika itu, sifat perkauman anti-China sangat tinggi di kalangan orang Australia tetapi kerana dia adalah antara calon pertama yang mendaftar untuk tentera, William terlepas daripada diskriminasi kaum yang kemudiannya melanda pengambilan tentera Australia yang menghalang orang Australia bukan putih dari dapat menyertai mereka.

Setelah William diterima masuk ke 5th Light Horse Regiment untuk AIF, skuadronnya dihantar terus ke Mesir dan membawanya ke semenanjung Gallipoli pada tahun 1915, yang kini dikenali sebagai Turki.

Skuadron William adalah sebahagian daripada kempen British dan Perancis menentang Empayar Uthmaniyyah dalam peperangan global yang pertama.

Ketepatan tembakan William yang sempurna membuatnya ditugaskan sebagai penembak hendap dan mendarat di Pos Chatham yang mana bakal menjadi lokasi bagi kebanyakan mangsanya.

billy sing di medan pertempuran

Tak lama kemudian, William mula menjadi terkenal dalam kalangan tentera di kedua-dua belah pihak. Dia dikenali sebagai "Malaikat Maut" ANZAC (Pasukan Angkatan Darat Australia dan New Zealand) di medan perang Gallipoli.

Rakan sepasukannya memanggil William sebagai "The Assassin," satu label yang akhirnya berubah menjadi "Murderer" kerana sikap kejamnya dalam membunuh musuh.

Reputasi William dengan pantas mendahului dirinya dan membawa kepada salah satu pertempuran yang paling prolifik dalam hidupnya.

William merupakan pembunuh kejam dan terdapat banyak kisah diceritakan oleh rakan tentera tentang sifat bengisnya terhadap pihak musuh.

"Setiap kali William berasa kasihan terhadap tentera lawan, dia teringatkan bagaimana pegawai Australia ditembak hendap lantas membuatkan hatinya keras. Tetapi dia tak pernah menembak pengusung atau mana-mana askar yang cuba untuk menyelamatkan tentera musuh yang tercedera," kata Prebet Frank Reed.

Walaupun William terkenal dengan jumlah pembunuhan yang tinggi, masih ada pertikaian tentang berapa jumlah mangsanya yang direkod secara rasmi.

tentera australia dan new zealand tiba di gallipoli

Dalam buku "Lurking Death", kisah-kisah tentang penembak tepat di Gallipoli, Sinai dan Palestin, yang ditulis oleh rakan seperjuangan William, Ion Idriess, dia mengatakan bahawa jumlah mangsa kematian adalah tidak jelas, tetapi sekurang-kurangnya 150 orang mati ditangannya.

Yang lain menganggarkan bahawa senjatanya, yang diberi nama Lee-Enfield, telah membunuh hampir 250 orang.

Berapa pun jumlah sebenar yang dibunuh oleh William, tetapi satu perkara yang pasti adalah dia telah menimbulkan ancaman yang dahsyat terhadap pasukan tentera Uthmaniyyah.

Sebagai tindak balas untuk beratus-ratus tentera Turki yang dibunuh oleh William, Penjaga Uthmani menugaskan "Abdul the Terrible" untuk menghapuskannya.

tentera turki di gallipoli

Seorang penembak hendap yang sama handal, Abdul the Terrible digambarkan sebagai kebanggaan Tentera Turki.

Senapangnya, yang mungkin telah membunuh mangsa sama banyak oleh William, digelar sebagai "Ibu Kematian".

Tentera Turki menyatakan bahawa senjata penembak hendap itu "melahirkan peluru yang menghancurkan nyawa manusia."

Abdul the Terrible mengabaikan sasaran mudah yang boleh dilihat di medan pertempuran dan mencari William.

Penembak hendap Turki itu dengan teliti mengamati setiap lokasi dari sisi lain agar dia dapat menganggarkan trajektori peluru dan dengan itu, menentukan lokasi William..

Akhirnya, usaha Abdul membuahkan hasil. 

billy sing di medan pertempuran 2

Dia mendapati bahawa tembakan hendap pihak musuh datang dari satu tempat hampir di atas parit melintasi Post Chatham.

Sebaik sahaja dia mengetahui lokasi William, Abdul the Terrible mula menggali lubang di mana dia mendaki sebelum subuh dan bersedia untuk membunuh musuhnya di Post Chatham.

Tetapi sebelum Abdul dapat melepaskan tembakan ke atas sasarannya itu, William terlebih dahulu menyedari kehadiran musuhnya lantas menembak mati Abdul the Terrible.

Akhirnya, William Billy Sing berjaya mengalahkan askar Turki semasa pertembungan penembak hendap dan membunuh penembak saingannya.

Selepas Kempen Gallipoli, Sing menghabiskan masa yang lama di hospital untuk memulihkan diri daripada kecederaan ketika perang.

Dia kemudiannya dipindahkan ke batalion infantri yang lain dan berlayar ke England pada bulan berikutnya untuk latihan.

Pada November 1917, dia dimasukkan ke hospital sekali lagi kerana kecederaan kaki yang dialami sebelumnya. Dia terus dimasukkan ke hospital akibat kecederaan perang yang berulang.

William Billy Sing menerima pujian pertama dari Jeneral Sir Ian Hamilton dan dianugerahkan British Distinguished Conduct Medal untuk sumbangannya di Gallipoli.

William Billy Sing juga menerima Croix de Guerre dari Belgium dan dicadangkan untuk menerima Pingat Tentera untuk bahagiannya dalam rondaan pertempuran anti-penembak hendap di Polygon Wood, Belgium.

pingat yang diterima billy sing

Dia akhirnya dilepaskan secara kekal dari tentera kerana dianggap tidak layak lagi untuk bertugas kerana masalah dada yang berterusan.

Selepas keluar dari tentera, William Billy Sing kembali ke Australia dan mencuba menceburkan diri dalam usaha keusahawanan. 

Pada tahun 1943, William Billy Sing meninggal akibat kegagalan jantung pada usia 57 tahun.

Sayangnya, ketika itu, dia menghabiskan saki baki hidupnya sebagai seorang lelaki yang tidak dikenali yang tinggal di sebuah rumah kos rendah di Brisbane, Australia.

Kuburan di Lutwyche Cemetery bahkan dibiarkan tidak bertanda selama 50 tahun sehingga sejarawan Brian Tate mendedahkan cerita kehidupan William Billy Sing yang luar biasa dalam akhbar tempatan.

Tidak lama selepas cerita itu diterbitkan, penanda diletakkan di kuburnya untuk memperingati kisah penembak hendap luar biasa yang hampir hilang ditelan zaman.

Rujukan:

1. AWM

2. Billy Sing

3. Light Horse




Hakcipta iluminasi.com (2017)