Oleh pada 16 Aug 2018 kategori

Pernahkah anda terfikir mengapa di dalam Tahiyat Akhir kita berselawat ke atas Nabi Ibrahim AS dan bukannya nabi-nabi yang lain? Apakah keistimewaan Nabi Ibrahim AS sehingga kita berselawat ke atasnya serta keluarga? Ini adalah kerana selawat yang dikenali sebagai Selawat Ibrahimiyah itu adalah petunjuk yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Terdapat beberapa riwayat yang menukilkan cara atau kaifiyat untuk berselawat ke atas Baginda SAW. Antaranya ialah riwayat dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA. Sahabat yang mulia ini menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Baginda menjawab dengan mengatakan:

Bacalah: Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari no.2497 dan Muslim no.614]

kubur nabi ibrahim

Nama Nabi Ibrahim AS kekal di dalam bacaan Tahiyat di dalam solat kita, adalah merupakan satu penghormatan & doa yang dikabulkan oleh Allah Ta’ala kepada Baginda AS. Firman Allah Ta’ala yang menggambarkan kisah permohonan doa Nabi Ibrahim AS kepada-Nya melalui beberapa potong ayat di dalam Al-Quran di antaranya ialah :

Nabi Ibrahim berdoa: “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh. Dan jadikanlah aku buah bicara yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian.” (Surah Asy-Syu’araa: 83-84)“Dan ingatlah ketika Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah, maka Ibrahim pun menyempurnakannya. Setelah itu ALLAH berfirman : Sesungguhnya Aku melantik kamu menjadi Imam bagi umat Manusia.” (Surah Al-Baqarah: 124)

kaabah 381

Sebab yang lainnya ialah kerana beliau berkata kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Mikraj "sampaikan salamku kepada umatmu", sedangkan para nabi yang lain tidak berbuat demikian. Oleh sebab itu, kita diperintahkan berselawat kepadanya dan ahli keluarganya sebagai balasan atas kebaikan dan kemuliaannya.

Nabi Ibrahim juga merupakan Nabi yang paling banyak menerima ujian dari Allah dan berjaya menghadapi kesemua 40 ujian dengan berjaya. Para ulama juga berpendapat Selawat Ibrahimiyah dimasukkan ke dalam Tahiyat akhir adalah kerana keluarga Nabi Ibrahim AS iaitu Nabi Ismail AS, Nabi Ishak AS, Hajar dan Sarah berdoa kepada Allah agar menyampaikan salam mereka kepada sesiapa yang mengerjakan ibadah haji.

ibadah haji

Nabi Ibrahim a.s juga digelar sebagai ‘Khalilullah’, manakala Nabi Muhammad SAW pula digelar sebagai ‘Habibullah’. Kedua-dua gelaran itu bermakna: ‘Kekasih Allah Ta'ala’, akan tetapi perkataan ‘Habib’ pada ‘Habibullah’ itu lebih kepada yang paling dikasihi oleh Allah Ta’ala.

Lafaz selawat ini sebagus-bagus, selengkap-lengkap dan sesempurna lafaz ke atas junjungan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam solat. Ibnu Taimiyyah berkata, “Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah Selawat Ibrahimiyah.”

Rujukan :




Hakcipta iluminasi.com (2017)