Oleh pada 26 Nov 2019 kategori

Sekiranya anda membaca surah al-Fatihah, yang merupakan surah pertama dalam al-Quran, anda akan mendapati bahawa ayat pertama dalam surah itu - yang membezakannya dengan surah-surah lain, adalah surah itu bermula dengan sebutan wajib 'bismillahirrahmanirrahim.'

Mengandungi tujuh ayat kesemuanya, apa yang unik berkenaan surah ini yang menjadi salah satu rukun sah solat adalah perbezaan yang berlaku apabila surah al-Fatihah dibaca semasa solat dan semasa dibaca waktu lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Semasa solat, akan berlaku satu penambahan di mana kita sama ada solat secara berjemaah atau bersendirian, biasanya akan membacakan 'amin' sebagai penutup bacaan - sedangkan surah tersebut tidakpun mengandungi frasa berkenaan. Jadi persoalannya, apakah makna disebalik 'amin' dan kenapa kita membacanya?

Apakah wajib membaca amin selepas bacaan al-Fatihah?

al fatihah surah peetama quran

Budaya yang kita amalkan, kadangkala membuatkan kita meniru sesuatu perbuatan - tanpa benar-benar memahami makna disebalik perbuatan itu. Begitulah yang berlaku dengan budaya 'mengaminkan' al-Fatihah ini, di mana kita beramai-ramai akan melakukannya tetapi dalam masa yang sama tidak mengetahui hukum sebenar bacaan ringkas itu.

Hukumnya adalah sunat, kerana bacaan itu merupakan salah satu amalan sunnah yang diamalkan Rasulullah saw. menerusi beberapa hadis yang ada direkodkan. Adakah bacaan amin ini wajib dan perlu dilakukan?

Tidak. Solat anda masih sah sekiranya anda tidak mengaminkan bacaan al-Fatihah, kerana yang wajib adalah bacaan surah itu sendiri - bukannya lafaz 'amin' yang bukan sebahagian daripada surah tersebut.

Jadi jangan risaulah tentang bacaan ini. Nak buat? Lebih baik. Tak buat pun tak mengapa.

Lafaz 'amin' sebagai penutup kepada bacaan

kenapa k8ta baca amin dalam solat

Selain lafaz amin selepas surah al-Fatihah, 'amin' juga dibacakan selepas setiap kali kita berdoa. Kedua-duanya sebenarnya mempunyai kebaikan yang serupa kerana lafaz 'amin' itu, berdasarkan kepada pendapat ulama membawa makna 'makbulkanlah' atau 'perkenankanlah.'

Istilah 'amin' itu sendiri sebenarnya bertindak sebagai satu lafaz perbuatan yang seakan menyerupai keinginan seseorang agar Allah swt. menerima atau memperkenankan permintaan/doa beliau. Tempoh berapa lama hendak dibaca, sama ada panjang atau pendek - terpulanglah pada kita. Tidak ada syarat yang menyebut mana-mana kaedah lebih baik.

Hadis yang menjelaskan kebaikan menyebut lafaz 'amin' ini adalah satu hadis daripada Abi Musa al-Asy’ari, sabda Rasulullah SAW yang:yang berbunyi: “Apabila selesai membaca ayat akhir al-Fatihah, maka sebutlah Aamin nescaya diterima Allah SWT bagimu.” Riwayat Muslim (no: 404)

Sama ada anda bersolat secara sendirian atau berjemaah, sama ada sebagai imam atau makmum - amalkanlah membaca amin. Bagaimanapun, jangan pelik pula ada imam solat yang tidak membacakannya pula ya?

Terpulang pada individu itu sendiri kerana amalan ini amalan sunnah. Takut nanti bila imam tak sebut, kita dalam hati penuh rasa risau berfikir 'sahkah solat aku ni? Imam ni imam mazhab mana ni?'

Kami harap artikel ringkas ini membantu menghilangkan rasa was-was pada diri anda tentang status bacaan 'amin' ini, kerana sudah jadi tradisi masjid kita mengaminkan bacaan al-Fatihah beramai-ramai - siap ada bermacam nada keluar waktu itu.

Tak buat tak apa. Buat? Lebih baik.

Rujukan

MAKSUD 'AMIN' SELEPAS MEMBACA SURAH AL-FATIHAH




Hakcipta iluminasi.com (2017)