Oleh pada 29 May 2017 kategori

Bulan Ramadan adalah bulan di mana kita amat digalakkan membanyakkan ibadah. Salah satu anjuran yang membantu kita membanyakkan ibadah adalah dengan menyertai solat sunat tarawih di masjid. Walaupun begitu, pasti ada di antara kita yang ada beberapa persoalan tentang solat tarawih ini.

Berikut adalah beberapa penerangan yang saya harap dapat membantu anda lebih memahami ibadah yang kerap digalakkan kita lakukan setiap kali bulan Ramadan. Jika ada sebarang kesalahan, mohon maklumkan kerana memang ada banyak pendapat berkenaan solat sunat tarawih ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Kenapa namanya solat tarawih?

iluminasi solat tarawih7

Tarawih bermaksud "rehat sebentar" yang dijalankan di antara 4 rakaat solat. Seperti yang kita amalkan, kita akan bersolat 4 rakaat (2+2) kemudian kita akan berehat sebentar kemudian kita akan teruskan dengan 4 lagi rakaat. Dari situlah nama 'tarawih' ini datang.

2. Adakah ada nama lain bagi solat tarawih?

iluminasi solat tarawih2

Ada. Solat tarawih juga dikenali sebagai solat qiyam ramadan atau solat sunat ramadan. Ada juga pihak berpendapat solat tarawih ini sebenarnya sama dengan solat tahajjud yang kita amalkan pada pagi hari, cuma ia dilakukan pada bulan Ramadan pada waktu yang lebih awal.

3. Apa kisah di sebalik solat tarawih ini?

iluminasi solat tarawih5

Rasulullah saw. pernah keluar pada waktu malam kemudian beliau bersolat di masjid. Melihat Rasulullah saw. bersolat, ada beberapa orang mengikut beliau. Pada malam kedua, Rasulullah saw. melakukan tindakan sama, keluar malam kemudian bersolat sunat di masjid. Jumlah makmumnya menjadi semakin ramai.

Pada malam ketiga, Rasulullah saw. keluar lagi ke masjid bersolat sunat. Oleh kerana perkhabaran itu telah sampai pada ramai orang, ramai yang menunggu beliau di masjid untuk bersolat bersama-sama.

Malam keempat tiba sehinggakan masjid menjadi penuh dengan jemaah tetapi Rasulullah saw. tidak hadir untuk bersolat sunat. Mereka menanti sehingga subuh, barulah Rasulullah tiba di masjid. Selesai subuh, mereka (jemaah) pun bertanya kepada Rasulullah saw, mengapa tidak diteruskan solat sunat pada malam itu, Rasulullah saw. pun menjawab yang beliau bimbang, jika perkara itu diteruskan ia akan menjadi ibadah wajib yang akan menambahkan tanggungjawab kepada pengikutnya untuk dipenuhi.

Pada malam keempat tersebut, Rasulullah saw. mengerjakan solat sunat itu secara sendirian di rumah.

4. Apakah penjelasan tindakan Rasulullah saw. itu?

iluminasi solat tarawih6

Baginda simpati dengan umat Islam kerana bimbangkan solat sunat itu akan menjadi solat fardhu yang wajib kerana dijadikan amalan Baginda. Pada ketika itu adalah zaman di mana wahyu diturunkan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam jadi Rasulullah saw. bimbang akan turun wahyu yang mewajibkan solat itu.

Dari situlah hukum solat tarawih jelas jatuh kepada sunnah yang tidak wajib dilakukan tetapi amat dituntut. Tindakan Rasulullah bersolat secara jemaah dan juga sendirian itu juga menunjukkan yang solat sunat ramadan ini boleh dilakukan secara kedua-duanya, mengikut keperluan kita.

5. Bilakah waktu terbaik mengerjakan solat tarawih?

iluminasi solat tarawih3

Solat tarawih boleh dibuat di antara waktu Isyak sehinggalah waktu Subuh. Solat tarawih paling afdal dilakukan pada sepertiga terakhir malam. Walaupun begitu, jika solat tarawih dilakukan secara berjemaah di masjid, lebih baik waktunya disesuaikan untuk mengikuti budaya masyarakat setempat. Seperti di negara kita, kebiasaannya akan melakukan solat tarawih selepas tamat solat Isyak.

6. Adakah ada ketetapan dalam bilangan rakaat solat tarawih?

iluminasi solat tarawih4

Terdapat banyak pendapat berkenaan jumlah bilangan yang perlu dilakukan, tetapi oleh kerana solat tarawih ini adalah ibadah sunnah, jadi kebanyakan pendapat boleh diambil kira. Ada yang menyebut 11, 23, 39, 36 dan pelbagai lagi pendapat.

Rasulullah saw. mengamalkan 8 rakaat (4+4) ditambah dengan 3 solat sunat witir. Imam Shafie pula berpendapat untuk solat tarawih, pandangannya lebih kepada jumlah rakaat yang sedikit dengan bacaan yang panjang lebih baik berbanding jumlah rakaat yang panjang dengan jumlah bacaan yang pendek-pendek.

Apa yang penting, kita berlapang dada mahu melakukan berapa yang kita rasa kita mampu. Tidak perlu memandang rendah mereka yang hanya mahu melakukan 8 rakaat, tidak perlu berasa bangga bila kita melakukan 20.


Saya berharap dengan penjelasan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memperjelaskan persoalan yang mungkin anda sendiri tertanya. Di media soaial pula, ramai pihak yang seolah-olah memperlekehkan pihak yang hanya mahu mengerjakan solat tarawih 8 rakaat yang pada pandangan saya amatlah tidak patut dilakukan.

Yang penting, kita ikhlas.




Hakcipta iluminasi.com (2017)