Oleh pada 28 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Aizat Abdul Razak

Jurusolek, Aizat Abdul Razak menepis sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai 'Mira' dalam panggilan video lucah bersama lelaki yang dikatakan pelakon Syafiq Kyle.

Aizat berkata, spekulasi yang tular itu adalah fitnah memandangkan dirinya masih waras untuk terjebak dalam aktiviti sedemikian.

Aizat bagaimanapun mengakui mengenali Syafiq secara peribadi namun hubungan yang terjalin bersifat profesional hanya dalam kerjaya.

"Berhenti tanya saya mengenai Syafiq (Kyle). Saya kenal dia sebagai jurusolek dan artis. Jangan fitnah saya dalam video. Bulan baik ini jangan tuduh melulu.

"Tolong faham, saya bukan Mira. Berhenti fitnah saya," katanya menurut Harian Metro.

Dalam pada itu, Aizat mengakui dirinya dihujani dengan pertanyaan netizen yang menuduhnya menerusi ruangan komen dan Direct Message (DM) laman Instagram.

Aizat sedar ia berpunca daripada tindakannya yang gemar memuatnaik foto suntingan bersama Syafiq tetapi ia hanyalah tidak lebih daripada sekadar gurauan.

jurusolek didakwa mira dalam video lucah syafiq kyle ini kenyataannya 2

Kredit foto: Instagram Aizat Abdul Razak

"Kenapa pula saya dipersoal. Hanya kerana saya memuat naik gambar suntingan bersama Syafiq, saya dituduh sebagai Mira?" katanya. 

Aizat memberitahu dia juga telah terlebih dahulu menonton video berkenaan sebelum menjadi tular, namun enggan menghebahkan kerana tidak pasti akan kesahihannya.

"Video itu saya sudah tengok lama. Cuma saya tidak pernah simpan dan sebarkan sebab tidak tahu kesahihan. Kalau saya orangnya, kenapa pula saya nak aibkan diri sendiri. 

"Gila ka apa. Orang zaman sekarang suka tuding jari. Benda tidak sahih pun nak kongsi. Jangan babitkan saya. Biar orang selayaknya siasat jangan burukkan keadaan. Saya tidak ada kena mengena apatah lagi dalam penyebaran video itu," katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)