Oleh pada 28 May 2018 kategori

Kredit foto: Mstar

Aktor Syafiq Kyle dilanda kontroversi hangat selepas video lucah yang memaparkan seorang lelaki didakwa dirinya menjadi tular di laman sosial.

Video berdurasi tujuh minit 22 saat itu memperlihatkan lelaki berkenaan sedang berbaring di atas sofa, selain berada di dalam bilik air sambil membuat panggilan video bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Mira.

Menurut Harian Metro, Shawn Amer yang merupakan wakil pengurusan pelakon drama bersiri Nur itu berkata, mereka akan mengusulkan kenyataan lanjut dalam tempoh terdekat ini.

"Kami akan (keluarkan kenyataan), sekejap ya. Masih dalam proses," katanya yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp.

Antara lain, video itu memaparkan beberapa aksi 'Syafiq' termasuk menggigit bibir, menjelir lidah dan menyebut nama Mira hingga menjadi topik hangat di kalangan netizen.

Dalam pada itu, ada pemilik akaun Instagram yang menawarkan siri video berkenaan kepada para peminat dengan harga RM20.

Menariknya, Syafiq pula kelihatan tidak mengendahkan situasi tersebut kerana terus mengemaskini laman sosial Instagramnya seperti biasa, antaranya pagi ini beliau berkongsi sekeping foto dengan ucapan ''Pagi!"

ini respon wakil pengurusan spekulasi video lucah syafiq kyle 2

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

Malah, aktor itu turut berkomunikasi dengan membalas komen para peminat di laman Twitter.

Harian Metro melaporkan usaha mendapatkan kenyataan Syafiq menemui jalan buntu apabila beliau enggan menjawab panggilan telefon, selain mesej yang telah dibaca tidak dibalas.




Hakcipta iluminasi.com (2017)