Oleh pada 19 Aug 2017 kategori

Kredit foto asal: Instagram.com/syafiqkylez

Pelakon Syafiq Kyle yang mempunyai pengikut seramai mencecah 700,000 orang di Instagram mendedahkan bahawa ianya tidak dikendalikan oleh dirinya sendiri sebaliknya orang lain.

Pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak (25 tahun) memberitahu tindakannya itu kerana dia tidak mahir dan aktif menguruskan laman sosial tersebut sendiri seperti rakan selebriti yang lain.

Saya percaya zaman sekarang kebanyakkan stesen TV nak ambil pelakon mereka tengok berapa ramai pengikut artis tersebut di laman sosial.


Terus terang saya memang tak reti dan tak aktif menggunakan media sosial. Sebab itu saya upah orang kendalikan laman sosial saya dan beri tunjuk ajar dan beritahu apa yang patut saya buat.


Malah mereka siap ada perancangan untuk media sosial saya. Tidaklah setiap hari saya kena muat naik foto tapi mungkin dua atau tiga hari sekali .

Tambah Syafiq, sebelum akaunnya itu digodam pihak tidak bertanggungjawab pada 4 bulan yang lepas, dia hanya mempunyai 500,000 pengikut namun meningkat kepada 750,000 setelah drama 'Mencintaimu Mr. Photographer' mula ditayangkan pada bulan lalu.

Empat bulan lalu saya ada 500,00 pengikut sebelum digodam. Selepas itu saya buka akaun baru dan dalam beberapa minggu jumlah pengikut meningkat sebanyak 750,00.


Peningkatan tersebut berlaku ketika drama lakonan saya ditayangkan pada bulan lalu .

Sementara itu, Syafiq juga sedang menjalani kelas lakonan anjuran pelakon berkaliber, Ellie Suriati bagi menyiapkan sebuah projek yang masih dirahsiakan.

Sekarang ini saya sedang membuat persiapan untuk projek terbaru yang masih belum boleh diberitahu dengan memasuki kelas lakonan Ellie Suriati.


Insya-Allah tiba masanya saya akan kongsi apa projek tersebut. Yang pasti, ia akan bermula pada bulan hadapan .

Perkembangan lain ialah Syafiq sedang berada di set penggambaran drama 'Dekatkan Jarak Kita' yang akan disiarkan pada 8 November ini di TV3.

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)