Oleh pada 30 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

Aktor Syafiq Kyle akhirnya tampil membuat kenyataan berhubung video panggilan lucah yang tersebar mengaitkan dirinya sejak Ahad lalu.

Menurut pelakon berusia 26 tahun ini, beliau sedang dalam proses untuk mendapatkan jalan terbaik bagi mengatasi kemelut itu.

"Saya sedang mengenal pasti jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

"Di samping itu, kami juga sedang bekerjasama dengan beberapa pihak bagi memastikan kesulitan ini dapat dimuktamadkan dengan segera," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan petang semalam menerusi laman sosial Instagram.

akhirnya syafiq kyle tampil beri kenyataan isu video kontroversinya 3

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

Dalam pada itu, Syafiq berharap tiada lagi pihak yang cuba mengeruhkan keadaan kerana beliau bersedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya isu itu terus berlarutan.

Syafiq yang juga bekas naib juara Hero Remaja 2011/2012, dalam masa sama mengesahkan paparan skrin perbualan antara dirinya dan seorang lelaki yang tular sejak malam Isnin lalu adalah palsu.

Ujarnya, ia adalah perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang mana individu itu menggunakan foto lelaki berasal dari Filipina.

akhirnya syafiq kyle tampil beri kenyataan isu video kontroversinya 2

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

"Ini merupakan sesuatu perkara yang tidak betul dan tidak berasas sama sekali yang hanya bertujuan sekadar mahu menangguk di air yang keruh.

"Screenshoot tersebut disunting oleh individu tidak bertanggungjawab, ingin saya tegaskan perkara itu tidak benar sama sekali," katanya.

Di akhir kenyataan, Syafiq akui apa yang menimpanya itu sebagai pengajaran terbaik untuk mematangkannya di masa mendatang.

Di kesempatan sama, pelakon drama bersiri Nur ini memohon maaf kerana tidak berpeluang melayani panggilan telefon pihak media yang bertanyakan hal tersebut berikutan dia ingin mengatasi kontroversi yang timbul dengan sebaik mungkin. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)