Kredit foto: Instagram Fakhrul UNIC
Malang menimpa penyanyi kumpulan UNIC, Fakhrul apabila motorsikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan raya dalam sebuah kemalangan yang berlaku pada jam 12 tengahari semalam.
Difahamkan ketika waktu kejadian Fakhrul baru selesai menjayakan program Bismillah Addhuha dan dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Susulan itu, beliau mengalami patah tulang betis di bahagian kaki kanannya.
Kredit foto: Instagram Fakhrul UNIC
Motor yang saya bawa itu terbabas kerana jalan licin akibat hujan yang baru sahaja selepas turun. Ketika itu saya baru sahaja selesai mengacarakan program Bismillah Addhuha. Benda dah nak berlaku, saya redha dan besyukur kerana tidak mengalami kecederaan yang serius. Hanya patah tulang betis, tangan terseliuh dan juga sedikit calar-balar dibahagian badan. Mujur kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kenderaan. Alhamdulillah saya okay, terima kasih kepada mereka yang membantu dan saya mohon peminat doakan supaya saya cepat sembuh.
Sumber: Astro Gempak
Ditanya sama ada dia bakal menunaikan ibadah haji sebagaimana yang dijadualkan, Fakhrul tidak dapat memberi pengesahan kerana masih menantikan laporan kesihatan daripada doktor.
Kredit foto: Instagram Fakhrul UNIC
Kalau diikutkan saya akan berangkat menunaikan ibadah haji dua minggu lagi namun disebabkan keadaan saya begini, kena tunggu keputusan doktor terlebih dahulu.
Fakhrul kini dirawat di Pusat Perubatan Kelana Jaya.