Kredit foto: Instagram Abby Abadi
Pemuda, Zukhairi Zulkifli, yang tular selepas wajahnya dikatakan mirip pelakon Syafiq Kyle, akui stesen minyak tempatnya bekerja iaitu Shell Cabang Tiga, Terengganu mula mendapat perhatian ramai.
Zukhairi memberitahu, dia yang berasa janggal dengan situasi itu, bagaimanapun tetap bermurah hati melayan permintaan pelanggan yang ingin bergambar dan berkenalan dengannya.
Kredit foto: Instagram @aimanhashim_94
"Sejak video itu tular ramai yang datang tempat saya bekerja untuk isi minyak, ada yang mahu bergambar dan berkenalan.
“Saya okey sahaja walaupun kadang-kala ada rasa segan kerana saya sendiri tidak pasti betul ke wajah kami seiras,” katanya kepada Mstar.
Sejak awal Jun lalu, pemuda itu mencuri tumpuan awam gara-gara penularan videonya yang dianggap seiras Syafiq.
Tidak kurang juga ia mendapat perhatian pelakon Abby Abadi yang memuat naik foto beliau di Instagram selepas terserempak di tempatnya bekerja.
Sebaik penularan video, Zukhairi berkata, dia ada memperoleh tawaran untuk muncul dalam sebuah rancangan hiburan.
Kredit foto: Instagram Zukhairi Zulkifli
"Selepas viral ada program bual bicara jemput untuk datang studio tapi saya terpaksa batalkan kerana ada masalah sedikit.
"Insyaallah lain kali kalau ada masa dan rezeki,” katanya.
Di Instagram pula, laman sosialnya sudah diikuti lebih 11,000 pengikut walaupun diletakkan dalam tetapan privasi.
"IG ramai yang minta untuk jadi pengikut dari tidak sampai pun seribu pengikut kini sudah cecah hampir 8,000 (kini lebih 11,000).
"Buat masa ini saya belum berpeluang jumpa Syafiq Kyle secara depan-depan, tapi saya tonton drama-drama lakonannya,” katanya.
Kredit foto: Instagram Zukhairi Zulkifli